Abu Hurairah r.a menyatakan: “Rasulullah saw telah mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadan kepada orang yang merdeka, hamba sahaya, lelaki dan perempuan, anak-anak, dewasa, fakir atau kaya – daripada kalangan kaum muslimin,” (H.R Ahmad, Bukhari dan Muslim)
Dari sudut sirah atau sejarah, zakat mula difardukan kepada umat Islam pada tahun kedua selepas hijrah Nabi Muhammad S.A.W ke Madinah. Kewajipan berzakat telah dinyatakan dalam ayat-ayat atau surah Madaniyah. Surah-surah Madaniyah banyak menekan aspek hukum dan syariat Islam berbanding aspek akidah.
Banyak dalil naqli (dalil Al-Quran dan Al-Hadis) yang menyatakan kewajipan zakat, di antaranya firman Allah di dalam surah An-Nur, ayat 56 yang bermaksud:
“Dan dirikan oleh kamu akan sholat serta berikanlah zakat” (An-Nur, 56)
Sekarang, dah jelas akan kepentingan zakat fitrah ini buat seorang Islam? Ia adalah rukun Islam ketiga dan dalam Al Quran kepentingannya sangat jelas bila digandingkan bersama sholat sepertimana dalam ayat 56 surah An-Nur tadi.
Perempuan Dalam Tanggungan Bapa
Jika perempuan itu tidak berkahwin, samada sudah akil baligh atau belum, tanggungjawab menunaikan zakat adalah terletak pada bapanya; jika tiada bapa atau sudah kematian bapa, tanggungjawab tersebut jatuh pada siapa yang menanggungnya atau yang memberinya makan, boleh dipertanggungjawabkan kepada si ibu (jika ibu tunggal); atau kepada abang jika ada atau adik lelaki jika dia yang menanggung keluarga termasuklah ibunya.
Bagi perempuan yang sudah berkahwin, tanggungjawab lunaskan zakat fitrah adalah terletak pada suaminya. Jika suami meninggal dunia, maka wajib keluarkan zakat atas dirinya sendiri.
Ibu TunggalPerempuan dalam kategori ibu tunggal adalah juga wajib membayar zakat; selagi ia tidak memberikan kebebanan buatnya.
Zakat fitrah adalah zakat tubuh, ia untuk menyucikan diri, maka sangat perlu bagi perempuan yang tidak ditanggung oleh sesiapa, membayar zakat buat dirinya dan jika ada tanggungan, membayar zakat di bawah tanggungannya. Dan ini terpakai buat si ibu tunggal.
Perempuan Bekerja
Zakat fitrah bagi anak yang sudah bekerja sendiri, sama ada lelaki dan perempuan, maka mereka lebih berhak mengeluarkan sendiri zakat fitrahnya. Bahkan, jika mereka mahu mengeluarkan zakat fitrah ibu bapa juga boleh, dan mereka perlu memaklumkannya kepada ibu bapa.
Namun, jika perempuan bekerja membayar zakat dirinya, dan pada masa sama bapa juga membayar zakat buat dirinya, tiada menjadi kesalahan. Zakat yang dikeluarkan itu boleh dianggap sebagai sedekah maka ganjaran pahala in Sha Allah akan dapat pada si anak perempuan bekerja.
Suami Tidak Bekerja, Isteri Bekerja dan Gaji LumayanSelalunya berlaku bila si suami terpaksa ikut isterinya bertugas di luar negara, dan si suami terpaksa bercuti tanpa gaji, iaitu tanpa pendapatan; maka boleh si isteri keluarkan zakat untuk dirinya dan tanggungan yang lain, termasuk juga suaminya. Apabila si isteri bayar zakat untuk diri sendiri, maka gugurlah tanggungjawab suami membayar zakat buat isterinya kerana ketiadaan kemampuan diri untuk melakukannya.
Adakala ayah (jika perempuan belum bernikah) atau suami liat nak bayar zakat, atau bertangguh membayarnya, boleh juga bayar zakat untuk diri sendiri supaya tidak terbeban hutang zakat atas diri sendiri.
Ia Kewajipan Individu
Saya rasa perkongsian di atas cukup jelas untuk menjawab persoalan-persoalan berkaitan kewajipan zakat fitrah bagi seorang perempuan. Zakat fitrah adalah tanggungjawab individu itu sendiri apabila dia sendiri mampu untuk membayarnya atau tidak berada di dalam tanggungan.
Nilai bayaran zakat fitrah terlalu kecil iaitu bersamaan dengan segantang beras dan tidak salah jika seorang perempuan ingin membayar zakat dirinya walaupun suami atau ayah juga melakukan perkara yang sama.
Anggap sahaja bayaran yang dibuat selepas bayaran pertama sebagai sedekah kerana balasan Allah berikan kepada muslimin dan muslimat yang bersedekah pada Ramadhan sangat berlipat ganda, apatah lagi jika dibuat bagi meringankan beban mereka yang sedang berpuasa.
Bagi saya, lebih afdal jika sesiapa jua, tak kiralah kecil besar, tua muda, miskin kaya, perempuan lelaki, OKU atau cukup sifat bayar zakat untuk diri sendiri jika sudah ada pendapatan sendiri dan boleh tanggung diri sendiri, selagi tidak merasa terbeban olehnya.
Semoga bermanfaat.

Perkongsian bermanfaat
BalasPadamTerima kasih