Langkau ke kandungan utama

Kenapa tak ambil lauk?

"Kenapa makan tak ambil lauk?"


"Saja je."


"Kenapa tak ambil lauk?"


Aku soal dia lagi.


"Saja je."


Jawapan dia tak memuaskan hati aku. Aku tanya kali ketiga.


"Kenapa tak ambil lauk?"


"Saya nak jimat."


Jawab dia serba salah. Aku pula rasa nak marah.


"Kamu nak jimat buat apa?. Duit tu saya letak untuk kamu makan. Kamu ambil la nasi dengan lauk ayam ke, telur ke. Jangan la makan kosong macam ni."


"Kalau jimat dapat makan lama sikit sensei."


Jawab dia dengan muka tak bersalah.


Aku yang tadi rasa nak marah sebab dia tak makan betul-betul mula rasa sebak dengar jawapan anak soleh ni. 


"Kamu tak payah la berjimat. Kamu lapar, kamu makan. Kamu nak makan lauk apapun kamu ambil. Nanti habis duit, saya letak lagi. Saya nak kamu makan. Jangan skip makan.


Ada ke patut air pun kamu tak ambil. Makan pun baru 3 kali. Belanja pun setiap kali seringgit ja. Cukup ke makan nasi kosong? Tak payah risau bab duit makan tu. Saya cari. Awak makan je"


Dia terus diam dengar aku berleter panjang.


Kepalanya diangguk perlahan. 


Ada ke patut baru makan 3 kali. Dah la belanja seringgit je. Betul-betul lain sikap anak soleh ni. Banyak betul aku belajar dengan sikap dan tingkah laku dia yang cukup baik ni.


Dia sedar diri, dia bukan senang nak dapat duit. Bila dapat rezeki macam ni dia tak lupa diri. Dia beringat. Dia cermat.


Usia baru 13 tahun. Tapi kematangan persis umur 31 tahun.


Sumber 

Aku pergi check semula buku makan dia semalam.


Nampak yang terbaru dia makan RM2. Nasi lemak dengan telur. Alhamdulillah, ada perubahan selepas ditegur.


Hari ni pun dia makan RM2 juga. 


Tadi terserempak dengan dia. Aku tanya semula. Pura-pura seperti tak tahu.


"Awak makan apa masa rehat tadi? "


"Nasi lemak dengan telur."


OK bagus. Air tak ambil?.


"Tak sensei."


"Bila nak habis duit makan tu kalau makan tak lengkap dengan air ni?"


Dia tak jawab. Macam biasa dia tunjuk gigi putih dia je. Macam model iklan colgate. 


"Lepas ni ambil ayam pulak. Sensei nak awak makan. Guna je duit tu sampai habis. Duit makan ada lagi. Kawan-kawan sensei kirim untuk belanja awak makan."


Dia pandang wajah aku dengan pandangan tak percaya.


"Makan je jangan risau. Ramai orang belanja awak. Betul sensei cakap ni."


"Takpelah sensei. Saya nak berjimat."


Dia jawab sama seperti sebelum ni. Aku tengok muka bersih dia kali ni. Memang baik sungguh anak seorang ni.


"Di rumah macam mana awak makan? Mak ajar macam mana?"


Soalan aku kali ni buat air muka dia berubah. Tapi aku tak kira. Aku nak tahu juga macam mana dia makan di rumah bila tengok peribadi dia bab makan ni. Sebab tu aku tanya. 


"Kalau makan tu ambil seorang satu je. Makan sama-sama."


Maksud dia begini, kalau ayam ada 5 ketul, makan seorang seketul. Jangan ambik lebih. Kena ingat orang lain juga.


Kelopak mata dia berair bila dia beritahu pasal makan di rumah.


"Awak tak makan lebih ni sebab teringat Adik kat rumah ke? Awak risau diorang kurang makan daripada awak?"


Soalan aku kali ni buat air mata dia tumpah terus. Laju.


Patut la ditahan-tahannya makan. Rupanya ingatkan adik-adik kat rumah sekali. Entah makan sedap entah tidak.


Patut la dia tak beria nak makan sedap-sedap.


Allahu. Hebat sungguh contoh dia tunjuk.


Aku rangkul bahu dia memujuk.


"Insya Allah, cukup adik-adik tu makan di rumah. Jangan risau.


Awak kat sini makan je. Ni rezeki awak. Biar cukup makan. Jangan lapar. Belajar rajin-rajin. Nanti dah berjaya, bila besar giliran awak pula untuk bantu orang lain yang susah. Ingat tu."


Air mata dia terus laju.


Hari ni baru aku faham satu perkara lagi pasal anak seorang ni. Betapa besar hati dan rasa empatinya kepada keluarga. Hinggakan sanggup dia ikat perut sebab tak nak berlebihan daripada mereka di rumah.


Masya Allah. 


Sensei doakan jadi orang besar kau satu hari nanti nak.


Aku lepaskan dia. Pusing belakang dan berlalu pergi. Air mata jantan ini memaksa-maksa untuk keluar. Takut tak tertahan. 


Ya Allah. Ada sahaja pengajaran baik daripada anak soleh ini. Insaf. 


Titik.


Sumber 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jangan Pandang Rendah Pada Motor Tua

MONOLOG JIWA Jangan Pandang Rendah Pada Motor Tua Catatan Reflektif #JMBELOG Kadang-kadang hidup ini mengajar kita satu perkara yang cukup sederhana: jangan terlalu cepat menilai. Kita sering melihat luaran terlebih dahulu. Kita melihat pakaian seseorang. Kita melihat kenderaannya. Kita melihat pekerjaannya. Lalu tanpa sedar, kita membina satu gambaran tentang siapa dirinya. Begitulah juga ketika menonton video seorang kurir penghantar makanan yang menunggang motosikal lama. Dari jauh, tiada apa yang kelihatan luar biasa. Motor tua. Penampilan biasa. Tiada aksesori mahal. Tiada bunyi enjin yang menggegarkan jalan. Namun apabila perlumbaan bermula, sesuatu yang tidak disangka berlaku. Satu demi satu pelumba berjaya dipintas. Malah ramai yang terkejut melihat bagaimana motosikal lama itu mampu bergerak begitu pantas dan cekap. Mungkin video itu sekadar hiburan. Mungkin ada unsur dramatik untuk menarik perhatian penonton. Tetapi ada satu pengajaran yang boleh kita ...

GO – Bila Hidup Meminta Kita Terus Melangkah

GO – Bila Hidup Meminta Kita Terus Melangkah GO – Bila Hidup Meminta Kita Terus Melangkah #JMBELOG | Monolog Jiwa | Catatan Kehidupan Ada hari-hari tertentu dalam hidup yang terasa begitu berat. Bukan kerana dunia sedang runtuh, tetapi kerana terlalu banyak perkara sedang berlaku di dalam kepala kita sendiri. Fikiran bercelaru. Hati terasa sesak. Malam menjadi panjang. Tidur pula enggan singgah. Kadang-kadang kita tersenyum di hadapan orang lain, tetapi di dalam diri, sedang berlaku ribut yang tidak siapa nampak. "Can't think, can't sleep, can't breathe." Begitulah rasanya apabila tekanan hidup datang bertalu-talu. Kita cuba kuat. Kita cuba bertahan. Tetapi ada masanya, semuanya terasa terlalu banyak untuk dipikul sendirian. Namun hidup mempunyai caranya yang tersendiri untuk mengajar kita. Di saat kita hampir berhenti, hidup sering berbisik perlahan: "Teruskan." Bukan kerana jalan di hadapan mudah. Bukan kerana segala masalah sudah sele...

NERAKA YANG TERHIJAB

NERAKA YANG TERHIJAB Drama Adaptasi Penuh Konflik, Pengorbanan dan Dilema Kehidupan Drama "Neraka Yang Terhijab" mula bersiaran pada 4 Jun 2026 dan ditayangkan setiap Khamis hingga Ahad secara eksklusif di platform Tonton . Siri sebanyak 20 episod ini diarahkan oleh Azri Izhar dan ditulis oleh Liza Nur , menampilkan sebuah kisah yang sarat dengan emosi, pengorbanan dan konflik kehidupan yang mampu menyentuh hati penonton. "Kadangkala kehidupan memaksa seseorang memilih jalan yang tidak pernah mereka inginkan." Barisan Pelakon Utama Ezzanie Jasny sebagai Adda Lorenzo Irman sebagai Annas Arfie Shah sebagai Zakwan Sinopsis Ringkas Drama ini mengisahkan perjalanan hidup Adda , seorang pelajar universiti yang terpaksa berdepan dengan pelbagai kesukaran hidup apabila wang biasiswanya disalahgunakan oleh bapanya sendiri....