Pages

Julai 27, 2023

Scammer LHDN

*Scammer LHDN* - _oleh Sarah Ross_

"Assalamualaikum. Ni Encik Ramlan bin Kodi, ya?"

"Ya, saya. Ini siapa?"

"Saya Yahya dari Jabatan Hasil Dalam Negeri. Saya nak maklumkan, encik ada tunggakan cukai yang belum dilunaskan."

"Oh, awak nak beli nanas? Tak, saya tak ada jual."

"Bukan. Maksud saya encik belum bayar cukai pendapatan."

"Ha, pokok rambutan memang ada depan rumah ni. Datanglah petik sendiri."

"Encik silap dengar ni. Encik kena bayar cukai. Kalau encik tak bayar, encik boleh ditangkap polis."

"Apa pulak Perlis! Rumah saya di Johor."

Talian telefon terus dimatikan. Khaleel menyambung kunyahan roti bersulam air kosong. Terik mentari makin kembang. Sampah sarap di jalanan menunggu untuk dibersihkan olehnya. Bukankah kerja yang halal itu biar pun perit, jauh lebih baik?

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!