*Wang 10 Juta atau Kebijakkan?* _oleh Stefanie Kaso_
Tok Ketua sengaja menguji Saparwi. “Bujang, kalau kau diberi pilihan kau mahu pilih apa? Wang sepuluh juta atau kebijakan?”
Saparwi berfikir-fikir sebentar, kemudian menjawab. “Aku akan pilih wang, Tok.”
Tok Ketua tertawa. “Hei, bujang. Cubalah fikir dengan lebih rasional. Apa gunanya pilih wang kalau kebijakan boleh bagi lebih banyak manfaat.”
“Maksud, Tok? Bagaimana?”
Tok Ketua menjelaskan, “Dengan kebijakan kau boleh buat macam-macam. Kau boleh bekerja di syarikat besar dan mendapat untung, kau boleh mencipta macam-macam aplikasi dan semua orang di dunia menggunakannya, atau kau boleh mencipta formula. Formula matematikkah, sainskah, malah formula untuk subjek ekonomi rumahtangga sekali pun! Kau akan terkenal, bujang. Terkenal! Kau boleh buat duit dengan kebijakan. Lebih daripada sepuluh juta, bujang. Lebih!” katanya bersemangat. “Kalau aku, bujang… aku akan pilih kebijakan. Pasti!”
“Tok tak nak tanya kenapa aku pilih wang sepuluh juta?” soal Saparwi.
“Ya, katakan. Apa sebabnya, bujang?”
“Sebabnya Tok… aku tidak punya wang. Orang biasanya membuat pilihan pada sesuatu yang mereka tidak punya. Kalau aku, aku tidak punya wang… maka aku pilih wang sepuluh juta. Dan Tok….”
“Tak punya kebijakan, maka aku pilih kebijakan?” potong Tok Ketua.
Saparwi ketawa berdekah-dekah. Tok Ketua terperangkap!
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!