sayyidul Istighfar (penghulu istighfar)

sayyidul Istighfar
(penghulu istighfar)

Ya Allah Engkaulah Tuhanku tiada
Tuhan melainkan Engkau. Engkau telah
menciptakan aku dan aku adalah
hamba-Mu. Aku berada dalam janji
untuk mentaatimu sejauh kemampuanku.
Aku berlindung kepada-Mu daripada
keburukkan yang pernah ku lakukan.
Aku mengakui semua nikmat yang telah
Engkau berikan, dan aku mengakui
semua dosa yang pernah ku kerjakan.
Oleh itu, ampunilah semua dosaku
kerana tidak ada yang boleh
mengampuni dosa selain Engkau.

Dinding Pemisah


#dindingpemisah
Di malam #dingin ini
Ku duduk #seorang diri
Terdengar #sayup alunan
Lembut #nada sebuah #melodi
Biarlah semua #berlalu
Dalam #bayangan kelabu
Hanyalah satu yang #pasti
#Cintaku akan tetap #abadi
#jmbelog


Ya, ya-ya-ya-ya


Air mataku, Kasih

Menetes di pangkuanmu

Saat terakhir kita

Bertemu di senja yang kelabu


Kata isi hatiku

Padamu di saat itu

Sebagai bukti tanda kasih sayangku


Kita telah berjumpa

Namun, akhirnya 'kan berpisah

Semua kusadari, kau takkan kumiliki


Antara kita berdua

Terhalang dinding pemisah

Yang tak mungkin dilalui

Walaupun sampai di akhir nanti


Ya, ya-ya-ya-ya


Di malam dingin ini

Ku duduk seorang diri

Terdengar sayup alunan

Lembut nada sebuah melodi


Teringat aku akan

Suatu memori indah

Yang akan selalu kuingat sampai mati


Kalau ku tahu begini

Tak ingin bercinta lagi

Yang membuatku hidup di dalam ilusi


Biarlah semua berlalu

Dalam bayangan kelabu

Hanyalah satu yang pasti

Cintaku akan tetap abadi


Di malam dingin ini

Ku duduk seorang diri

Terdengar sayup alunan

Lembut nada sebuah melodi


Teringat aku akan

Suatu memori indah

Yang akan selalu kuingat sampai mati


Kalau ku tahu begini

Tak ingin bercinta lagi

Yang membuatku hidup di dalam ilusi


Biarlah semua berlalu

Dalam bayangan kelabu

Hanyalah satu yang pasti

Cintaku akan tetap abadi


Hanyalah satu yang pasti

Cintaku akan tetap abadi


Ya, ya-ya-ya-ya

Jangan ada ego dalam diri

Jangan ada ego dalam diri. Jangan rasa kita lebih baik daripada orang lain, walaupun ketika kita betul dan dia salah.

Dia salah mungkin sebab dia tak tahu. Kita betul mungkin sebab kita ada ilmu. Tapi, jaga-jaga! Once kita rasa kita lebih baik, rosak iman kita!

Tak susah pun ucap 'tolong','terima kasih' dan 'maaf/memaafkan'.

Assalamualaikum dan Salamsejahtera. Maafkan saya  jika ada salah dan silap sepanjang posting disini.

Mungkin doa kita tidak dimakbulkan pada hari ini atau masa terdekat. Tapi percayalah pada rezeki Allah doa kita akan dimakbulkan juga satu hari nanti.

 

Antara sebaik-baik doa adalah;

Kita faham apa yang kita doakan itu,

Kita hayati doa itu,

Kita minta sungguh-sungguh,

Dan tak putus ada minta pada Allah.



Berdoalah walaupun dalam bahasa melayu.

Mungkin doa kita tidak dimakbulkan pada harini ini atau masa terdekat. Tapi percayalah pada rezeki Allah doa kita akan dimakbulkan juga satu hari nanti.

Hukum Cium Tangan Ibu Bapa

 Hukum Cium Tangan Ibu Bapa


Mencium tangan ibu bapa, orang2 tua atau orang yang kita hormati seperti ulama atau raja yang adil tidak diperintah secara khusus dalam bab-bab fiqih maupun akhlaq yang bersifat tasyri`. 


Bentuk mencium tangan atau memeluk adalah merupakan kebiasaan yang berlaku di dalam suatu budaya atau tata nilai masyarakat tertentu.


Akan tetapi sekalipun mencium tangan ini tidak termasuk perintah agama secara khusus, bukan berarti harus ditinggalkan atau dilarang. Islam sendiri mengakui kebaikkan yang ada pada setengah2 adat kebiasaan yang diamalkan dalam masyarakat dan bahkan sering mengaitkan antara adat kebiasaan dengan syariat. Maka setengah dari kebiasaan masyarakat yang baik ialah mencium tangan kerana menghurmati.


Terdapat satu qaedah fiqh yang berbunyi:"Al-`Aadatu Muhakkamah” artinya suatu adat atau tradisi itu bisa dijadikan dasar hukum. Tentu saja adat yang tidak bertentangan dengan hukum Islam itu sendiri.


Adat kebiasaan di negeri kita adalah mencium tangan orang tua dan orang-orang yang terhormat lainnya seperti nenek, bapa sedara, mertua juga tuan2 guru, ulama dan lainnya.


Bila hal itu kita lakukan sebagai bentuk penghormatan dari menyesuaikan diri dengan `urf yang dikenal masyarakat, maka hal itu baik, karena menunjukkan bahwa kita memiliki tata etika dan sopan santun yang sesuai dengan metode masyarakat.


Bahkan bila anak mencium tangan ibunya, tentu ibunya rasa senang hati. Menyenangkan hati ibu tidak dinafikan lagi adalah pebuatan yg disukai olih Allah dan berpahala. 


Jadi mencium tangan orang tua dan seterusnya memang bukan tasyri` secara langsung, namun terhitung dalam bab sopan santun dan akhlaq bergaul dengan orang tua dan orang terhurmat dan menjalankan `urf yang baik.


Wallahu'lam

Sumber 



HUKUM CIUM TANGAN

HUKUM CIUM TANGAN

SOALAN :

Apakah hukumnya seorang itu mencium tangan seseorang yang lain seperti ibu bapa dan ulamak dan dan seumpama mereka itu dari orang-orang yang mempunyai kemuliaan disisi agama?

Dan bolihkah mencium tangan pemimpin yang fasiq atau ahli maksiat atau orang kaya?

JAWAPAN :

Harus hukumnya mencium tangan dua ibu bapa atau suami atau nenek moyang atau saudara mara atau orang solih atau para ulamak atau yang hafal Quran dan lain dari mereka itu dari kalangan yang mulia di sisi agama dan mempunyai ilmu dan kelebihan.

Diriwayatkan daripada Usamah bin Syarik r.a. berkata ia :

قمنا إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقبَّلنا يد

Artinya : “Kami telah datang kepada Nabi saw dan kami menicum akan tangan baginda.” (Diriwayatkan olih  Abu Bakr bin Muqri’ pada Bab Cium Tangan dan berkata Al-Hafiz Imam Ibnu Hajar : Sanadnya Kuat : Kitab Fathul Baari)

Daripada Tamim bin Salamah katanya :

لَمَّا قَدِمَ عُمَرُ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ الشَّامَ اسْتَقْبَلَهُ أَبُو عُبَيْدَةَ بْنُ الْجَرَّاحِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، فَقَبَّلَ يَدَهُ، ثُمَّ خَلَوْا يَبْكِيَانِ". قَالَ: فَكَانَ يَقُولُ تَمِيمٌ: "تَقْبِيلُ الْيَدِ سُنَّةٌ

Artinya : “Tatkala Umar r.a. tiba ke negeri Syam telah mengadap akan beliau olih Abu Ubaidah bin Jarrah r.a. kemudian mencium tangan Umar lalu menangis keduanya. Kemudian Tamim berkata : Bermula cium tangan itu satu Sunnah.” (Riwayat Al-Baihaqi dalam kitab Sunan Kubra)

Ada pun mencium tangan pemimpin yang jahat atau fasiq dan ahli bidaah atau ahli maksiat atau orang-orang kaya maka dilarang.

Berkata Imam Nawawi :

يُستحب تقبيل يد الرجل الصالح، والزاهد، والعالم، ونحوهم من أهل الآخرة، وأما تقبيل يده لغناه ودنياه وشوكته ووجاهته عند أهل الدنيا بالدنيا ونحو ذلك فمكروه شديد الكراهة، وقال المتولي: لا يجوز

Artinya : “Disunatkan mencium tangan orang yang solih dan yang zuhud dan yang alim dan seumpama mereka itu dari kalangan ahli akhirat. Dan adapun mencium tangan seseorang kerana kayanya dan kerana dunianya dan kekuasaannya dan menariknya disisi ahli dunia dengan keduniaan dan umpama yang demikian itu maka dibenci dengan sangat-sangat kebencian. Berkata Imam Mutawali : Tidak harus ia.” (Kitab Al-Majmu’ jlid 4 m.s. 636)

Wallahua’lam



13 Rukun Solat

13 Rukun Solat

Berdiri Tegak

Berdiri secara tegak, lurus serta mengadap kiblat penting bagi yang mampu. Hukumnya sunat, jika ketika berdiri ditundukkan sedikit kepala serta memandang ke tempat yang akan disujud.

Sekiranya sakit atau cacat dan sebagainya bolehlah bersolat secara berbaring, terlentang, duduk, atau dengan menggunakan isyarat. Ianya bergantung kepada keadaan yang dikirakan sesuai.

“Solatlah dengan berdiri, sekiranya tidak mampu maka dengan duduk, sekiranya tidak mampu, maka dengan berbaring.”

(Riwayat Bukhari, Ahmad, Ibnu Majah dan Abu Dawud)

Niat

Hendaklah berniat  dalam hati atau secara lintasan dalam ingatan untuk mendirikan solat. Contohnya, jika seseorang itu mahu menunaikan solat asar, maka mestilah berniat untuk bersolat asar, bukan solat yang lain.

Takbiratul Ihram Iaitu Dengan Lafaz

Iaitu, dengan melafaz ‘Allahuakbar’ ketika memulakan solat dengan suara sederhana yang sekuranganya dapat didengar oleh diri sendiri.

Membaca Surah al-Fatihah Pada Setiap Rakaat

Surah al-Fatihah adalah wajib dibaca, jika tertinggal solat menjadi tidak sah.

“Tidak (sah) solat bagi seseorang yang tidak membaca Fatihatul Kitab (surah al-Fatihah)”

(Hadis Riwayat Bukhari)

Begitu juga jika ianya tidak dibaca dengan tajwid yang betul, solat menjadi tidak sah. Bacaannya juga tidak boleh diubah ke bahasa lain bahasa Arab. Nada bacaannya mestilah boleh didengari oleh diri sendiri.

Rukuk Dengan Tamakninah

Rukuk adalah keadaan meletakkan kedua tapak tangan ke lutut, sementara kepala dan belakang selari dengan punggung iaitu pada kadar 90°. Ada bacaan tertentu semasa berukuk, ataupun berdoa dan cukup dengan bertasbih.

Tamakninah pula adalah diam sebentar sebelum meneruskan rukun seterusnya. Tamakninah juga bermaksud ‘tenang’ iaitu, berhenti sekejap.

Iktidal

Iktidal adalah bangkit dari rukuk dan kembali berdiri tegak beserta dengan tamakninah. Kadar masa tamakninah tidaklah lama iaitu sekadar sekali sebutan tasbih sahaja.

Sujud Dua Kali Dengan Tamakninah

Sujud dilakukan dua kali untuk setiap rakaat. Sujud mestilah dalam keadaan punggung lebih tinggi daripada kepala. Ada tujuh anggota sujud iaitu dahi, kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut dan hujung jari kedua-dua kaki. Sunat jika meletakkan hidung ketika bersujud.

Duduk antara Dua Sujud Dengan Tamakninah

Duduk antara dua sujud adalah duduk sebentar selepas sujud pertama sebelum melakukan sujud yang kedua dalam setiap rakaat. Sujud ini juga mesti dilakukan dengan tamakninah.

Duduk antara dua sujud adalah dalam keadaan kedua-dua tapak tangan diletakkan di atas kedua-dua paha dengan hujung jari hampir dengan lutut. Kemudian dibaringkan tapak kaki kiri dan duduk di atasnya. Tapak kaki kanan pula ditegakkan dengan anak-anak jari dihalakan ke arah kiblat.

Duduk Tasyahud/Tahiyat Akhir

Duduk ketika ini sewaktu membaca tahiyat akhir sebelum memberi salam. Tangan diletakkan di atas paha.

Membaca Tasyahud/Tahiyat Akhir

Tahiyat adalah ucapan dan doa yang yang merangkumi pujian kepada Allah SWT dan salam serta diakhiri dengan lafaz syahadah.

Membaca selawat ke atas Rasulullah SAW

Ketika duduk tahiyat akhir iaitu selepas melafazkan dua kalimah syahadah, wajib membaca selawat ke atas Rasulullah SAW.

Memberi salam yang pertama

Salam sebagai penutup dalam mendirikan solat, iaitu cukup dengan melafazkan ‘Assalamualaikum’.

Tertib

Tertib iaitu mengerjakan solat mengikut turutan. Oleh itu, tidak boleh mana-mana rukun yang kemudian dilakukan mendahului yang lebih awal.

Hal ini terkecuali untuk rukun yang dilakukan serentak seperti takbiratul ihram bersama niat, berdiri tegak bersama membaca al-Fatihah dan duduk tahiyat akhir semasa membaca tahiyat, tasyahud dan selawat.

#sumber

#nasihat #shekhabdulqadiraljailani

 


#nasihat #shekhabdulqadiraljailani #jmbelog 

BELAJARLAH DIAM AGAR SUARAMU LEBIH TERDENGAR

BELAJARLAH SABAR AGAR TINDAKANMU LEBIH BENAR

MAAFKANLAH KESALAHAN ORANG LAIN, TUTUP AIBNYA DAN LUPAKANLAH

TUJUAN KITA HIDUP UNTUK BERIBADAH DAN MENGINGAT TUHAN, MUNGKIN LUKA ITU MASIH ADA, NAMUN HIDUP AKAN LEBIH RINGAN JIKA KITA TULUS MEMAAFKAN.

ORANG BAIK ADALAH ORANG YANG BISA MENAHAN AMARAHNYA, MAKA PILIHLAH UCAPAN YANG BAIK UNTUK KAU SAMPAIKAN

AKU LEBIH MENGHARGAI ORANG YANG BERADAB DARIPADA BERILMU, KALAU HANYA BERILMU, IBLIS PUN LEBIH TINGGI ILMUNYA DARI PADA KITA MANUSIA 


Kita tiada apa-apa.

"Kita berdoa kepada Allah, bukan untuk memberitahu Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Kita berdoa kepada Allah,
adalah untuk menyatakan yang kita hamba. Kita faqir. Kita tiada apa-apa. Itulah hakikat kehambaan."

Orang yang selalu melihat keburukan diri sendiri, tidak akan ada masa, melihat keburukan orang lain.

Allah سبحانه وتعالى kurniakan kita 2 mata. Satu mata untuk lihat kebaikan orang. Satu mata untuk lihat keburukan diri kita sendiri."

"Andai seseorang itu ada 99 keburukan dan hanya 1 kebaikan, maka abaikanlah keburukannya itu, dan lihatlah pada kebaikannya."

"Orang yang selalu melihat keburukan diri sendiri, tidak akan ada masa, melihat keburukan orang lain."

KALAU TAK TAHU, LEBIH BAIK DIAM

 

وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ ۚ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا

Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.

Surah Al-Isra' Ayat 36

Morten, Derhaka Sebuah Cinta, Dendam Tapi Cinta, Satu Hari Di Bulan Februari...

Telefilem Morten akan tayang di TV2 pada 6 Februari ini, Isnin pukul 9 malam.

Drama Derhaka Sebuah Cinta bersiaran mulai 6 Februari 2023 di Astro Ria setiap Isnin hingga Khamis pukul 11 malam atau strim di Sooka.

Telefilem Dendam Tapi Cinta disiarkan pada Selasa, 7 Februari 2023, 9:00 malam di TV2.

Telefilem 'Satu Hari Di Bulan Februari' akan disiarkan pada 11 Februari ini, Sabtu pukul 9 malam di TV1.

Pemenang All Together Now Malaysia Musim Kedua 2022-2023 - Tahniah Khairul

Pemenang All Together Now Malaysia Musim Kedua 2022-2023 - Tahniah Khairul 

Tahniah kepada peserta Khairul Nizam dinobatkan sebagai juara All Together Now Malaysia (ATNM) musim kedua tahun 2022-2023


All Together Now merupakan pertandingan diinspirasikan daripada United Kingdom ini dimana barisan peserta diadili oleh 50 orang juri bagi mendapatkan markah setinggi yang boleh atau maksima 100 markah. 2 markah mewakili bagi setiap juri. _ sumber

Wadah Terkini