3 QUL






FEBRUARI 24 2023

 


سُبْحَانَ اللهِ ، وَالْحَمْدُ ِللهِ ، وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ ، وَاللهُ أَكْبَرُ لاَحوْلَ وَلاَ قُوَّة اِلاَّبِاللّهِ الْعَلَيِ الْعَظَيْم

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Selawat dan Salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. keluarga dan para sahabatnya.

Alhamdulillah kami bersyukur kepada-Mu Ya Allah atas setiap nikmat yang Engkau kurniakan.

Ya Allah jadikanlah setiap langkah kami sentiasa dalam kebaikan. Jadikanlah hidup kami hari ini penuh dengan keberkatan. Lindungilah kami hamba-Mu dengan kasih sayang-Mu.

Ya Allah jadikanlah kami hari ini penuh bersemangat, dipermudahkan rezeki, tubuh badan yang sihat, mendapat ilmu yang bermanfaat, keimanan yang teguh dan terlepas dari segala kesulitan.

Ya Allah jadikanlah kami orang yang tidak pernah lupa untuk bersyukur kepada-Mu atas semua nikmat dan anugerah-Mu.

Ya Allah bimbinglah kami untuk mensyukuri segala nikmat-Mu yang memungkinkan kami mencapai redha-Mu.

Ya Allah bantulah kami untuk mentaati-Mu dan melazimkan ibadah pada-Mu, memastikan ganjaran-Mu dengan kurnia pertolongan-Mu.

Ya Allah kasihanilah kami, palingkanlah kami dari melakukan maksiat pada-Mu, tuntunlah kepada kami apa yang bermanfaat bagi kami.

Ya Allah sempurnakanlah kebaikan-Mu pada kami, pada seluruh sisa umur kami, seperti Engkau telah berbuat baik pada umur kami dimasa yang telah lalu.

Ya Allah ingatkan kami bahawa sehari berlalu, umur kami berkurang sehari dan jika kami lewati hari ini dengan berbahagia, ingatkanlah kami bahawa kami sangat beruntung. Oleh itu doronglah kami untuk berbuat baik dan selalu mengucap syukur, kerana kami tidak tahu bila kami akan dipanggil ‘pergi’.

Ya Allah sedarkanlah kami supaya kami selalu merasa cukup dan mensyukuri apa yang kami punya supaya kami merasa bahagia dan pasti bersyukurlah dengan apa yang kami ada.

Ya Allah sedarkanlah kami bahawa harta, kekayaan, pangkat, kedudukan, kehormatan itu hanyalah sementara, hanya pinjaman dari-Mu. Yang terbaik dan terpenting adalah perilaku yang Baik, sentiasa membantu orang, tidak berbuat hal-hal tercela dan sentiasa mengawal diri.

Ya Allah muliakanlah kami, lapangkanlah hati kami, bahagiakanlah keluarga kami dan luaskan rezeki kami seluas lautan yang Engkau ciptakan, mudahkan segala urusan kami, kabulkan cita-cita kami.

Wahai Tuhan yang Maha Pemberi keampunan dan penerima Taubat dan yang Maha Penyayang, terimalah taubat kami dan sayangilah kami.

اَللّٰهُمَّ اغْفِرْلِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَاكَمَارَبَّيَانِيْ صَغِيْرَا

َYa Allah..ampunilah dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, pasangan hidup kami, anak-anak kami, saudara-saudara kami, sahabat-sahabat kami, guru-guru kami, pemimpin-pemimpin kami serta seluruh kaum Muslimin dan Mukminat sama ada yang masih hidup atau telah meninggal dunia.

Ya Allah selamatkan lah diri kami, keluarga kami, saudara-saudara kami, rumah tangga kami, kejiranan kami, kampung kami, negeri kami dan negara kami, dari sebarang ancaman luar dan dalam. Engkaulah Ya Allah tempat sebaik-baik perlindungan.

اَللهُمَّ اِنَّا نَسْأَلُكَ سَلاَمَةً فِى الدِّيْنِ وَعَافِيَةً فِى الْجَسَدِ وَزِيَادَةً فِى الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِى الرِّزْقِ وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ وَرَحْمَةً عِنْدَ الْمَوْتِ وَمَغْفِرَةً بَعْدَ الْمَوْتِ

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

آمِيْنُ… آمِيْنُ… آمِيْنُ… يَا رَبِّ الْعَالَمِين


#jmbelog

#zamandulu

ZAMAN DULU- DULU

Pergi Kampung Hulu
jumpa Tok Besah
zaman dulu- dulu
hidup serba susah

Ayah sakit gigi
emak kena jaga
bangun pagi- pagi
mandi air telaga

Makan nasi minyak
lauk gulai lembu
malam nyamuk banyak
emak gantung kelambu

Berdiri tepi kolah
pakai kain selepang
adik pergi sekolah
bawa dua kupang

Budak nama Awang
kawan dengan Maryam
kalau tiada wang
bawa telor ayam

Beli berus gigi
beli di kedai Ali
sekolah waktu pagi
petang main guli

Suami kakak Midah
tanam ubi keledek
pergi sekolah rendah
pakai seluar pendek

Isteri tok penghulu
sangat ramah tamah
makanan orang dulu
ada keliling rumah

Masak sayur bayam
jamu orang marhaban
teringin makan ayam
tangkap dalam reban

Ayah baru pergi
pergi Sungai Puyu
sarapan waktu pagi
makan ubi kayu

Asyik tengok Esah
kupas buah jering
kerana hidup susah
makan tamban kering

Berniaga sangat maju
jual barang- barang
kalau gosok baju
guna seterika arang

Kena kejar perompak
pecut laju- laju
sabun cap kapak
buat basuh baju

Kenduri Kampung Gelam
tetamu sangat banyak
bila waktu malam
pasang pelita minyak

Bungkus buah cermai
bungkus dengan kertas
emak cabut semai
ayah tajak batas

Makan pulut tanak
makan dengan Salmah
isteri nak beranak
bidan datang rumah

Isteri nama Asyikin
suami nama Che Pa
pakai kain cukin
kait buah kelapa

Mangsa kena kelar
kelar di dada
orang perempuan loklaq
kain ketang kedada

Askar kena serang
serang dalam hutan
ayah sangat garang
tibai dengan rotan

Berdiri tepi beranda
orang minta sedekah
umur masih muda 
ayah suruh bernikah

Kaki terpijak duri
jalan terhoyong- hoyong
kalau buat kenduri
pakat gotong royong

Emak beli gelas
beli dari Pak Wi
umur lapan belas
baru masuk jawi

Cabut duri semilu
cabut dengan tangan
suasana dulu- dulu
kini tinggal kenangan

#zamandulu

#ujianhati


JAGALAH MEREKA...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Ya Allah, jagalah mereka dikala penjagaanku tidak sampai pada mereka, sayangi mereka sepertimana mereka menyayangiku, perhatikan mereka kala perhatianku tak terangkum dalam kata yang sahaja.. kerana Engkau punya segala yang ku tak punya, ku pohon pada-Mu ya Allah, moga ukhuwah kami teguh buat selama-lamanya, kerana ku ingin mereka selalu menjadi sahabatku di dunia dan harap berkekalan sehingga ke Syurga Mu. Aamiin Ya Rabbal Alamin.

3DOA

Allahumma inni as’aluka husnal khotimah

Ertinya: “Ya Allah aku meminta kepada-MU husnul khotimah”

Allahummarzuqni taubatan nasuha qoblal maut

Ertinya: “Ya Allah berilah aku rezeki taubat nasuha (atau sebenar-benarnya taubat) sebelum wafat”

Allahumma yaa muqollibal quluub tsabbit qolbi ‘ala diinika

Ertinya: “Ya Allah wahai sang pembolak balik hati, tetapkanlah hatiku pada agama-MU”

Surah at-Taubah, ayat 34-35

“…Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya di jalan ALLAH, maka berikanlah khabar gembira kepada mereka, (bahawa mereka akan mendapat) azab yang pedih, (ingatlah) pada hari ketika emas dam perak dipanaskan di dalam neraka Jahanam, lalu dengan itu diselar dengan dahi mereka, rusuk dan punggung mereka (sambil dikatakan) kepada mereka, “Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, maka rasakanlah (akibat daripada) apa yang kamu simpan itu.” (Surah at-Taubah, ayat 34-35)

Orang takkan rasa apa yang kita rasa


Orang takkan rasa apa yang kita rasa

Selagi dia tak duduk dalam cerita kita

Semua orang boleh mendengar,

Tapi tak boleh rasa yang sama.

Semua orang boleh mengangguk tanda faham,

Tapi tak semua orang menghayati.

Semua orang boleh turut menangis,

Tapi takkan sama dengan air mata kita yang kita sendiri hadapi.



Wadah Terkini