Doa & Zikir Harian – Penyerahan Seorang Hamba

Doa & Zikir Harian – Penyerahan Seorang Hamba

سُبْحَانَ اللهِ ، وَالْحَمْدُ ِللهِ ، وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ ، وَاللهُ أَكْبَرُ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيم

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda.

Alhamdulillah, segala puji bagi-Mu Ya Allah atas setiap nikmat yang Engkau kurniakan.

Ya Allah, jadikanlah setiap langkah kami sentiasa dalam kebaikan. Jadikanlah hidup kami hari ini penuh keberkatan. Lindungilah kami dengan kasih sayang-Mu.

Ya Allah, jadikanlah kami insan yang tidak lupa bersyukur atas segala nikmat-Mu. Bimbinglah kami untuk sentiasa berada di jalan-Mu.

Ya Allah, lembutkanlah hati kami, kuatkanlah iman kami, lapangkanlah rezeki kami, dan jauhkanlah kami daripada segala kesulitan.

Ya Allah, ingatkan kami bahawa dunia ini sementara, dan setiap hari yang berlalu mendekatkan kami kepada pertemuan dengan-Mu.

Ya Allah, ampunkanlah dosa kami, dosa ibu bapa kami, keluarga kami, guru-guru kami, dan seluruh المسلمين dan المسلمات, yang hidup mahupun yang telah kembali kepada-Mu.

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

آمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِين



#JMBELOG

0 comments:

Catat Ulasan

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”