Apakah Maksud Ramadan?

Apakah Maksud Ramadan?

1. Dari segi bahasa, perkataan Ramadan diambil dari kata akar (رمض) yang membawa maksud panas yang sedang semakin hangat. Kata al-Imam al-Qurtubi:

هو مأخوذ من رمض الصائم يرمض إذا حر جوفه من شدة العطش

"(Perkataan Ramadan) diambil dari perkataan (ramada iaitu) semakin panas orang yang berpuasa itu iaitu hangat organ perutnya kerana terlalu haus." (Tafsir al-Qurtubi)

2. Dalam hadis Nabi, Rasulullah turut menggunakan perkataan "ramada" yang membawa maksud panas. Sabda Rasulullah:

صَلَاةُ الأوَّابِينَ إذَا رَمِضَتِ الفِصَالُ

"Solat Duha itu ketika waktu anak-anak unta naik panas" (HR Muslim)

3. Memberikan penjelasan lanjut mengenai maksud Ramadan ini, al-Imam al-Qurtubi menyatakan bahawa seakan kepanasan ini meleburkan dosa melalui amalan soleh manusia. Kata beliau:

إنّمَا سُمّيَ رَمَضَان لِأنّهُ يرمض الذّنُوْب أي يَحْرُقَهَا بِالأَعْمَال الصَّالِحَة

"Dinamakan Ramadan kerana ia seakan membakar dosa melalui amal-amal soleh." (Tafsir al-Qurtubi)

4. Semoga Ramadan ini menjadi bulan untuk kita melipatkali-gandakan amalan kita sekaligus meleburkan dosa-dosa kita.


Andai kita diuji, bertahanlah. Tuhan kan ada.

Kita mesti ada banyak dosa, sebab kita bukan maksum. Banyaknya dosa tu cuma Allah yang tahu, dan baiknya Tuhan kita Dia sembunyi aib kita. 

Bila kita berniat untuk kembali kepada Allah, Allah suka. Namun dalam pada itu mesti Allah uji apakah betul ingin kembali. Atau bersungguh ke untuk kembali kepada Tuhan? 

Jadi, andai kita diuji, bertahanlah. Tuhan kan ada. 

Susah? Sakit? Memanglah itu jalannya. Ganjarannya nanti penghapusan dosa. 

Terhapusnya dosa ini adalah nilaian yang lebih indah daripada kesakitan ujian yang Allah campakkan buat kita. 

Begitulah.

Jumaat pertama ramadhan 2023

Semoga hari jumaat yang pertama muncul dalam bulan ramadan ini, kita semua akan mendapat kesihatan yang baik, rezeki halal dan dipermudahkan urusan aaminn ya rabbal alamin.

AHLAN WASAHLAN, YA RAMADHAN

 


Ahlan wa sahlan, marhaban
Ahlan wa sahlan, ya Ramadhan
Ahlan wa sahlan, marhaban
Ahlan wa sahlan, ya Ramadhan

Ramadhan menjelma lagi
Menghimpun Rahmat dan Maghfirah
Bertambah keberkatannya
dengan amal ibadah
Diri tunduk keinsafan
dan rasa berdosa

Bulan kemuliaan yang dikurniakan ini
Usah biarkan berkatnya
berlalu sia-sia saja
Ia hadir bagai air bah
membasuh daki dunia

Sambutlah Ramadhan dengan jiwa terbuka
seperti ketibaan orang yang kita cinta
Dengan ucapan
Ahlan Wa Sahlan Marhaban Ya Ramadhan
Hati gembira pintu terbuka
Rahmat Allah Yang maha Besar

Kita beroleh mutiara hikmah Al-Quran
Lantas dibelenggu nafsu dan syaitan
Didatangkan pula Lailatul Qadar
Pengorbanan yang dibuat balasannya syurga

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan...

Wajah baru




Agak2 ok tak macam nie...

Wadah Terkini