Apakah Maksud Ramadan?

Apakah Maksud Ramadan?

1. Dari segi bahasa, perkataan Ramadan diambil dari kata akar (رمض) yang membawa maksud panas yang sedang semakin hangat. Kata al-Imam al-Qurtubi:

هو مأخوذ من رمض الصائم يرمض إذا حر جوفه من شدة العطش

"(Perkataan Ramadan) diambil dari perkataan (ramada iaitu) semakin panas orang yang berpuasa itu iaitu hangat organ perutnya kerana terlalu haus." (Tafsir al-Qurtubi)

2. Dalam hadis Nabi, Rasulullah turut menggunakan perkataan "ramada" yang membawa maksud panas. Sabda Rasulullah:

صَلَاةُ الأوَّابِينَ إذَا رَمِضَتِ الفِصَالُ

"Solat Duha itu ketika waktu anak-anak unta naik panas" (HR Muslim)

3. Memberikan penjelasan lanjut mengenai maksud Ramadan ini, al-Imam al-Qurtubi menyatakan bahawa seakan kepanasan ini meleburkan dosa melalui amalan soleh manusia. Kata beliau:

إنّمَا سُمّيَ رَمَضَان لِأنّهُ يرمض الذّنُوْب أي يَحْرُقَهَا بِالأَعْمَال الصَّالِحَة

"Dinamakan Ramadan kerana ia seakan membakar dosa melalui amal-amal soleh." (Tafsir al-Qurtubi)

4. Semoga Ramadan ini menjadi bulan untuk kita melipatkali-gandakan amalan kita sekaligus meleburkan dosa-dosa kita.



Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.

0 Comments:

Catat Ulasan

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”