Pages

Mac 05, 2023

Keputusan Akhir The Masked Singer Malaysia 2023 Musim 3

Juara Ayda Jebat (Beta Fish) - Nur Suhada "Ayda" Jebat (lahir 17 Mac 1992) ialah seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Beliau merupakan salah seorang peserta Akademi Fantasia musim ke-9. Beliau mula dikenali ramai menerusi drama Rindu Awak 200% (2014). Kredit filem beliau termasuk Gila-Gila Remaja 2 (2013) dan Pinjamkan Hatiku (2017).

Kedua Syamel (Nyoq Muda) - Syameel Aqmal Mohd Fodzly (lahir 26 November 1993) atau lebih dikenali sebagai Syamel merupakan seorang penyanyi, komposer dan penulis lirik Malaysia. Beliau popular dengan lagu "Hidup Dalam Mati", "Lebih Sempurna" dan "Aku Cinta" (duet bersama Ernie Zakri). Syamel juga merupakan bekas peserta Akademi Fantasia 2015. Beliau muncul sebagai naib juara dalam pertandingan tersebut.

Ke tiga Han Byul (Pizza Panas) - Jang Hanbyul (lahir 4 Julai 1990) ialah seorang penyanyi Korea Selatan, pelakon, pengacara dan personaliti televisyen yang pernah menjadi hos After School Club dan muncul pada rancangan Code: Secret Room dan Society GameHanbyul ialah bekas vokalis utama kumpulan LEDApple dan membuat penampilan sulungnya dengan album mini CODA pada November 2011. Pada tahun 2019, beliau merupakan salah seorang peserta Big Stage musim kedua di Astro Ria, mewakili Korea Selatan di mana beliau berjaya merangkul gelaran juara. Saluran YouTubenya mencecah hampir 1 juta pelanggan tetapi telah dipadamkan pada 2015 berikutan tuntutan undang-undang dengan label sebelumnya. Sehingga 2020, nilai bersih Jang ialah AS$10 juta.

Ke empat Mimi Fly (Dewi Angsa) - Shamimi Amalina Norhisham atau lebih dikenali dengan nama pentas Mimifly (kadangkala dikreditkan sebagai Mimi Fly; lahir 15 Disember 1986) merupakan seorang penyanyi, penulis lirik, penggubah lagu, pereka tari, dan pelakon wanita Malaysia. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang muzik sebagai ahli kumpulan One Nation Emcees.

Ke lima Hael Husaini (Brokoli) - Hal Husaini Razmi atau lebih dikenali sebagai Hael Azhael atau Hael Husaini (lahir 10 Disember 1987) merupakan seorang penyanyi, komposer, penulis lagu dan penulis lirik Malaysia. Kerjaya Husaini dalam bidang muzik bermula dengan sesi uji bakat untuk rancangan realiti One In A Million (OIAM) pada tahun 2006. Pada tahun 2009, beliau pernah menganggotai kumpulan Evo bersama rakan duonya, Erul Samah dalam Mentor TV3. Mereka merupakan protege kepada Jaclyn Victor. Husaini mengeluarkan lagu solo pertama, “Seandainya” sebelum disusuli dengan album mini. Pada tahun 2013, beliau bersama temannya, Azhar Osman menubuhkan kumpulan duo, Azhael dan dinobatkan sebagai Naib Juara dalam Akademi Fantasia Musim 10. Lagu debut mereka berjudul "Hentian Terakhir" yang dicipta sepenuhnya oleh penyanyi dan komposer Damien VE berjaya melonjakkan nama beliau sebagai salah seorang penyanyi muda yang digemari ramai.

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!