Taqabbalallhu minna wa minkum.


Segala yang kita lakukan sepanjang Ramadan ini,

Semoga Allah menerima segala amalan yang kita lakukan.

Semoga Allah menerima setiap tangisan.

Semoga Allah menerima setiap doa yang kita panjatkan.

Taqabbalallhu minna wa minkum.

“Semoga Allah menerima amal ibadah kami dan amal ibadah kalian semua.”

Selamat hari raya Aidilfitri .

Mohon maaf, andai sepanjang perkenalan ini, ada kata-kata yang mengguris hati . 

Minta maaf, andai rasa terganggu.

Kosong-kosong eh!

Selamat bergembira bersama keluarga serta insan tercinta di hari raya ini!

22 April 2023, Malaysia sambut Aidilfitri

Umat Islam di seluruh Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Sabtu.
Pengumuman pengisytiharan itu dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh hari raya puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Sabtu, 22 April 2023,” katanya menerusi pengumuman rasmi yang disiarkan di saluran televisyen tempatan.

Penetapan tarikh itu dibuat selepas cerapan anak bulan dilaksanakan di 29 lokasi di seluruh negara.

Sebelum ini, wujud persoalan sama ada 1 Syawal jatuh pada Jumaat atau Sabtu.
Bagaimanapun, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) memaklumkan, pengisytiharan tarikh 1 Syawal setiap tahun bagi Malaysia dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, sejurus menerima laporan hasil cerapan anak bulan di 29 lokasi cerapan rasmi.

RAMADHAN 29 1444

 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

KHAMIS TERAKHIR RAMADHAN 2023

20 APRIL 2023M

29 RAMADHAN 1444H

1 HARI MENUJU AIDIL FITRI

BULAN RAMADHAN TIDAK BERAKHIR HANYA BERGANTI MENJADI PINTU KEMENANGAN.

DI HARI YANG SUCI INI MARILAH KITA SEMUA SALING MEMAAFKAN 

Taqabbalallahu Minna wa Minkum

 (تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَ مِنْكُمْ)

 Minal 'Aidin wal Faizin

 (من العائدين والفائزين) 

DOA 10 minit sebelum berbuka puasa

DOA 10 minit sebelum berbuka puasa

bismillahirrahmanirrahim

asyhadu alla ilahaillallah
(aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan allah)

astaghfirullah
(aku mohon ampun kepada allah)

asalukal jannah waa’udzubika minannar
(wahai tuhanku sesungguhnya aku memohon syurg kepadaMU dan aku berlindung kepadamu dari siksa neraka)

allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anni
(ya allah sesungguhnya engkau maha pemaaf yang menyukai permintaan maaf, maafkanlah aku yang maha mulia)

(boleh baca doa2 dan permintaan kalian)

Memberi tanpa perlu mengaibkan si penerima kerana mereka juga ada harga diri

Seorang wanita menghampiri peniaga telur dan bertanya " Pak cik , Berapakah harga telur? "

Dijawab " 4 biji RM 2" 

"Mahal yaaa , Bagilah 6 biji RM 2" ujar perempuan tadi.

"Maaf nak, tak boleh . pak cik untung tipis". Jawap perlahan peniaga tua ini. 

Ok lahhh pakcik , last daripada saya, 5 biji RM 2. Kalau tak boleh jugak saya pergi beli tempat lain. 

Boleh ke tak ? dengan nada keras.

Lelaki tua ini akur dan berkata " boleh nak, asalkan perniagaan pak cik laku ".

wanita ini gembira kerana berjaya membeli dengan harga murah. 

telefon wanita tadi berdering, rakannya menelefon.

" You, ada mana tu ?" 

" Ada kat pasar ni " 

" jom kita ke restoren biasa kita"

" ok-ok, tunggu i kat sana k, jangan lupa chop meja biasa kita duduk"
Mereka bertemu di restoren 4 bintang tempat biasa mereka minum pagi setelah penat membeli belah dipasar.

setelah memesan menu biasa, mereka akan bersantai sehingga tengahari.
Mereka hanya akan pulang kerumah masing-masing untuk makan tengahari bersama suami.

Jam terlihat sudah 11.30 pagi dan mereka sepakat ingin pulang. Mereka memanggil pelayan dan meminta bil. 

Ehhh berebut pula nak bayar.

"Youuu, bagi laa i bayar kali ini "

" Halahhh biar i je laaa " 

Pelayan tetamu datang membawa bil dan tertera RM 90.

Seperti biasa wanita yang membeli telur pagi tadi akan membayar RM 100 dan dengan bangga berkata 

" keep the change" 

sudah dapat apakah isi cerita diatas? 

Apa yang kita boleh belajar daripada kisah ini?

Sikap dan Pemikiran kita ! 

Mengapa kita sanggup "bersedekah pada orang yang tidak perlu dan menekan orang yang lebih memerlukan ? " 

Peniaga kecil berniaga untuk hidup sedangkan peniaga kaya berniaga untuk lebih kaya.

Tidak salah menawar di pasar kerana ia adalah hak kita tetapi tidak bolehkah kita yang sememangnya mampu , cuba untuk berlembut dengan peniaga kecil .

Mengapa kita boleh akur dengan harga tetap di pasaraya milik taikun ?

Mengapa kita tidak boleh akur juga dengan peniaga kecil-kecilan? 

Saya ulang tiada salah menawar hanya yang salah sikap kita yang keterlaluan menekan peniaga kecil yang memerlukan.

Teringat ayah kami yang tiap kali membeli daripada peniaga jalanan sengaja melebihkan bayaran dalam seringgit dua. 

Apabila kami tanya kenapa perlu bayar lebih seringgit dua ?

Jawap ayah lembut, 

Nak , itulah cara kita bersedekah dalam pada masa sama kita menjaga air muka mereka.

Percayalah mereka malu meminta-minta tetapi mereka sangat gembira apabila diberikan lebih daripada harga dipinta.

Seringkali saya ulang dalam diri.

Memberi tanpa perlu mengaibkan si penerima kerana mereka juga ada harga diri, mereka tidak pernah minta jadi begini.

*Terjemahan dan olahan oleh rahmat ikhsan daripada posting Syeikh Ancan Sulaiman




Resipi Prawn Butter Salted Egg




Resipi Prawn Butter Salted Egg

Udang
Kunyit dan garam
Bawang putih (dipotong dadu)
Cili padi merah (dipotong bulat)
Daun kari
Butter
Susu cair
Telur masin (telur kuning sahaja)
Perasa secukupnya. 

Cara membuatnya:

1. Gaul udang dengan kunyit dan garam. Goreng dan toskan.

2. Cairkan butter. Tumis bawang putih, cili padi merah dan daun kari sehingga kekuningan.

3. Masukkan telur masin yang sudah dilenyek. Masak seketika. Kemudian masukkan susu cair secukupnya. 

4. Masukkan udang. Gaul sebati.

5. Letak perasa secukupnya. Saya letak sedikit sahaja sebab telur masin dah cukup rasa. Masak hingga sedikit kering. Siap.

* Saya guna kunyit hidup. Tumbuk kunyit hidup dan gaul dengan udang. Kalau tak ada kunyit hidup guna serbuk kunyit pun boleh.
* Telur masin kuning tu saya campur dengan sedikit telur masin putih.

Mudah sahaja kan. Bahan pun senang nak dapat. Jangan lupa cuba resipi saya.

Lyrics "Halo - Beyoncé Knowles

Remember those walls I built?
Well, baby, they're tumbling down
And they didn't even put up a fight
They didn't even make a sound

I found a way to let you in
But I never really had a doubt
Standin' in the light of your halo
I got my angel now

It's like I've been awakened
Every rule I had you breakin'
It's the risk that I'm takin'
I ain't never gonna shut you out

Everywhere I'm lookin' now
I'm surrounded by your embrace
Baby, I can see your halo
You know you're my saving grace

You're everything I need and more
It's written all over your face
Baby, I can feel your halo
Pray it won't fade away

I can feel your halo (halo), halo
I can see your halo (halo), halo
I can feel your halo (halo), halo
I can see your halo (halo), halo

Hit me like a ray of sun
Burning through my darkest night
You're the only one that I want
Think I'm addicted to your light

I swore I'd never fall again
But this don't even feel like fallin'
Gravity can't begin
To pull me back to the ground again

It's like I've been awakened
Every rule I had you breakin'
The risk that I'm takin'
I'm never gonna shut you out

Everywhere I'm lookin' now
I'm surrounded by your embrace
Baby, I can see your halo
You know you're my saving grace

You're everything I need and more
It's written all over your face
Baby, I can feel your halo
Pray it won't fade away

I can feel your halo (halo), halo
I can see your halo (halo), halo
I can feel your halo (halo), halo
I can see your halo (halo), halo

I can feel your halo (halo), halo
I can see your halo (halo), halo
I can feel your halo (halo), halo
I can see your halo (halo), halo

Halo
Halo, ooh

Everywhere I'm lookin' now
I'm surrounded by your embrace
Baby, I can see your halo
You know you're my saving grace

You're everything I need and more
It's written all over your face
Baby, I can feel your halo
Pray it won't fade away

I can feel your halo (halo), halo
I can see your halo (halo), halo
I can feel your halo (halo), halo
I can see your halo (halo), halo

I can feel your halo (halo), halo
I can see your halo (halo), halo
I can feel your halo (halo), halo
I can see your halo (halo), halo

Kerajaan bersetuju melaksanakan Tol RAHMAH Percuma


Kerajaan bersetuju melaksanakan Tol RAHMAH Percuma, pengecualian bayaran tol selama empat hari untuk semua pengguna jalan raya yang akan pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri.

— 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 (@501Awani

Kerajaan beri satu Hari Kelepasan Am


Kerajaan beri satu Hari Kelepasan Am bagi rakyat membuat persiapan & rai Aidilfitri. 

Jika 1 Syawal jatuh pada 21 April (Jumaat) - Isnin sebagai Hari Kelepasan Am.

Jika 1 Syawal pada 22 April - 21 April sebagai Hari Kelepasan Am tambahan - PM @anwaribrahim @501Awani

— Hasimi Muhamad (@HasimiM)

PDRM beri Kadar Khas Bayaran Saman bermula 21 April sehingga 21 Mei 2023

PDRM beri Kadar Khas Bayaran Saman bermula 21 April sehingga 21 Mei 2023 bagi semua saman trafik PDRM (kesalahan tahun 2022 dan sebelumnya)

Setiap saman dengan kadar harga RM50 -PM Anwar

— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB)

AAMIIN YA RABBAL ALAMIN

O ALLAH, 
ACCEPT 
OUR FASTING, 
OUR STANDING IN WORSHIP, 
OUR BOWING 
AND 
AUR PROSTRATION

𝙅𝘼𝙉𝙂𝘼𝙉 𝙏𝙀𝙉𝙂𝙊𝙆 𝙔𝘼𝙉𝙂 𝙏𝘼𝙆 𝘽𝘼𝙄𝙆 𝙎𝘼𝙅𝘼

ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

𝙅𝘼𝙉𝙂𝘼𝙉 𝙏𝙀𝙉𝙂𝙊𝙆 𝙔𝘼𝙉𝙂 𝙏𝘼𝙆 𝘽𝘼𝙄𝙆 𝙎𝘼𝙅𝘼

Kita hendaklah menjadikan kehidupan rumah tangga ini penuh dengan keharmonian. Bertolak ansur dalam banyak perkara. Adakalanya kita perlu diam. Adakalanya benda yang tak dibuat oleh pasangan, kita yang perlu buat.

Janganlah seorang mukmin itu membenci kepada seorang mukminah yakni suami kepada isterinya disebabkan oleh kerana melihat akhlak tak baik pada isterinya. Kerana sesungguhnya di sebalik akhlak tak baik yang kamu lihat wahai suami, di situ ada benda lain yang baik yang kamu juga boleh lihat. Ditimbang kedua-duanya. Isteri kepada suami pun juga sama.

Tidak hanya melihat kepada yang tak baiknya sahaja. Problemnya adalah sejauh mana orang berbuat baik, sekali dia buat tak baik, yang diingat yang tak baik. Tak semua manusia, sebahagian sahaja. Bukan semua.

— Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

CIK MATAHARIKU : https://cikmatahariku.blogspot.com/

CIK MATAHARIKU : https://cikmatahariku.blogspot.com/

3 SIFAT BURUK DAN UBATNYA

3 SIFAT BURUK DAN UBATNYA 

1. Buruk sangka : 
Jika ada perasaan buruk sangka, jangan percaya.

2. Hasad Dengki :
Jika ada rasa hasad dengki, jangan melampau.

3. Perasaan Malang/Sia* : 
Jika ada perasaan malang/sia* tentang sesuatu, lawanlah perasaan itu.

— Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

ZIKIR YANG MEMENATKAN 70 MALAIKAT #jmbelog

@jbh84x اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ Allahumma solli ‘ala muhammad wa ‘ala ali muhammad Maksudnya: “Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.” – (Hadis Riwayat An-Nasae’i) . #assalamualaikum #bismillahirrahmanirrahim #alhamdulillah #allahummashollialasayyidinamuhammad #subhanallahi_wabihamdihi #almulk #Aamiinyarobbalalamin #jmbelog #bakaljenazah #bakaljenazah_jmbelog #fyp #fmp #abcxyz #sorotan #semuaorang ♬ original sound - shaa 🤍
Berdasarkan satu hadis daripada Rasulullah SAW bersabda “Barangsiapa membaca Jazallahu Anna Sayyidina Muhammadan Sollallahu Alaihi Wa Sallam Ma huwa Ahluhu, 70 Malaikat “penat” tulis ganjaran untuknya selama 1000 pagi (maknanya terlampau besar ganjarannya di sisi ALLAH… (Hadis Riwayat Ibnu Abbas dan Imam Tabrani)

Ertinya: “Semoga ALLAH memberikan balasan kebaikan kepada pemimpin kita Nabi Muhammad SAW atas jasa-jasa Baginda kepada kita dengan balasan yang selayaknya Baginda terima.”

Doa semoga dipermudahkan urusan

“Rabbisy rahli sodri wa yassirli amri wahlul ‘uqdatam mil lisaani yafqohu qoulii”.

Maksudnya : “Ya Tuhanku, lapangkan untukku dadaku. Dan mudahkanlah untuk urusanku. Dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku. Agar mereka dapat dengan mudah mengerti perkataanku”.

Wadah Terkini