MEI 13 2023

 


suka, benci...


...untuk mendapatkan apa yang anda suka, perjalanan anda harus bersabar dengan apa yang anda benci...

...Imam Al Ghazali...

Gelombang haba antara 40 hingga 50°C

Bersedia untuk gelombang haba seterusnya antara 40 hingga 50°C. Sentiasa minum air suhu bilik perlahan-lahan. Elakkan minum air sejuk atau ais!

Pada masa ini, Malaysia, Indonesia, Singapura dan negara-negara lain sedang mengalami "gelombang haba."

Ini adalah perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan:

 1. Doktor menasihatkan supaya tidak minum air yang sangat sejuk apabila suhu mencecah 40°C, kerana saluran darah kecil kita mungkin pecah.

Khabarnya kawan doktor pulang dari hari yang sangat panas - berpeluh lebat dan mahu menyejukkan diri dengan cepat - segera membasuh kakinya dengan air sejuk. Tiba-tiba, dia rebah & dibawa ke hospital.

2. Apabila haba di luar rumah mencapai 38°C dan apabila anda pulang ke rumah, jangan minum air sejuk - hanya minum air suam perlahan-lahan.

Jangan basuh tangan atau kaki anda dengan segera, jika terdedah kepada matahari yang panas. Tunggu sekurang-kurangnya setengah jam sebelum mencuci atau mandi.

3. Seseorang ingin menyejukkan badan dari panas dan segera mandi. Selepas mandi, orang itu dibawa ke hospital dengan rahang kaku & diserang angin ahmar.

Sila Ambil perhatian:
Semasa bulan panas atau jika anda sangat letih, elakkan minum air yang sangat sejuk dengan segera, kerana ia boleh menyebabkan urat atau saluran darah menjadi sempit, yang boleh menyebabkan strok.

#Sila sebarkan amaran kepada orang lain! 
#everyone

AKU TIDAK INGIN MENJADI...


 AKU TIDAK INGIN MENJADI LEBIH BAIK DARI ORANG LAIN

AKU CUMA INGIN MENJADI LEBIH BAIK DARI AKU YANG SEBELUMNYA 

ENAM AYAT SYIFA' DI DALAM AL-QURAN

"ENAM AYAT SYIFA' DI DALAM AL-QURAN"

Imam Abu Qasim Qushairi ra. berkata: 

“seorang di antara anakku jatuh sakit sehingga dia hampir meninggal. 


Di waktu itu aku bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda:

 “Mengapa kamu tidak ambil manfaat dari ayat-ayat syifa’ ?


Mengapa kamu tidak mengamalkan ayat-ayat itu dan memohon (kepada ALLAH s.w.t.) untuk disembuhkan?”


Setelah terjaga Imam Abu Qosim Qushairi ra menemukan enam ayat Syifa’ di dalam al-Qur’an. Berikut enam ayat syifa’ tersebut:


وَيَنْصُرْكُمْ عَلَيْهِمْ وَيَشْفِ صُدُورَ قَوْمٍ مُؤْمِنِينَ


1 - Wa yanshurkum alayhim wa yasyfi shuduura qawmim-mu’miniin 


Artinya :


Dan (Allah ) akan melegakan hati orang-orang yang beriman [At-Taubah 9: 14]


يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُمْ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ


2 - Yaa ayyuhaan-naasu qad jaa atkum mawizhatum mir-rabbikum wa syifaa-ul-limaa fish-shuduuri wa hudaw wa rahmatul-lil mu’miniin 


Artinya :


Hai Manusia, sesunguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman. [Yunus 10: 57]


يَخْرُجُ مِنْ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ


3 - Yakhruju mim-buthuunihaa syaraabum-mukhtalifun alwaanuhu fiihi syifaa-ul-linnaas


Artinya :

Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. [An-Nahl 16: 69]


وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ


4 - Wa nunazzilu minal qur-aani maa huwa syifaa-uw warahmatul-lil mu’miniin


Artinya :

Dan Kami turunkan dari Al-Qur’an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. [Bani Israil (Al-Israa) 17: 82]


وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ


5 - Wa idzaa maridhtu fahuwa yasyfiini


Artinya : 


Dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku [Do’a Nabi Ibrahim dalam Surat Asy-Syu’raa’ 26:80]


قُلْ هُوَ لِلَّذِينَ آمَنُوا هُدًى وَشِفَاءٌ

6 - Qul huwa lilladziina aamanuu hudaw wasyifaa’uw-walladziina laa yu’minuun

Artinya :

Dan katakanlah (wahai Muhammad ) bahwa (Qur’an) itu adalah petunjuk dan menyembuhkan bagi orang-orang yang beriman. [Fushshilat 41:44]

Sumber Asal ~ Situs Ar Rahmah

Sumber 

Doa mohon syurga


Doa mohon syurga Allah SWT. Matlamat dan hala tuju yang kekal abadi. Moga Allah kurniakan kita semua syurga tanpa hisab

CUACA PANAS, 35 hingga 37 darjah celcius

CUACA PANAS | 15 kawasan di lima negeri merekodkan cuaca panas tahap satu iaitu keadaan berjaga-jaga kerana mencapai suhu harian antara 35 hingga 37 darjah celcius melebihi tiga hari berturut turut. _sumber




Menjaga adab memang tidak mudah...Dr Umar Mohammad Noor

Menjaga adab memang tidak mudah. 

Sebelum bercakap, orang yang menjaga adab perlu berpikir baik-buruknya terlebih dulu. Dia turut perlu memilih perkataan yang tepat agar tidak mengguris hati. Dia juga perlu pandai menempatkan diri pada tempat orang lain. Dan banyak lagi. 

Oleh kerana itu, jangan hairan apabila hanya orang yang bijak sahaja yang mampu beradab.

Imam Ibn Hibban berkata: "Orang yang berakal mesti selalu diam sehingga tiada pilihan melainkan bercakap. Sungguh terlalu ramai orang yang menyesal kerana bercakap, namun sangat jarang orang yang menyesal kerana diam. Manusia yang paling panjang kesengsaraannya dan paling besar musibahnya adalah orang yang lidahnya selalu dilepaskan dan hatinya selalu ditutup." (Rawdat al-'Uqala h. 43)

Dr Umar Mohammad Noor

maksud wallahu a'lam bishawab

Jika ditilik dari segi bahasa, kata “wallahu a'lam” bermakna “hanya Allah yang mengetahui.” Ketika disandingkan dengan “bishawab”, maka akan bermakna “hanya Allah yang mengetahui kebenarannya.” Ungkapan tersebut sebagai salah satu upaya merendahkan diri atas ilmu yang diperoleh dan disampaikan. _google

LABEL

LABEL

Untuk Menambah Kemuliaan dan Pahala Ibu dan Ayah, Amalkan 3 Perkara Ini...

Ramai anak-anak yang bersedih apabila kematian orang tua mereka. Ada yang menyesal kerana tidak dapat berbakti ketika mereka masih ada dan berharap dapat menyambung bakti kepada keduanya meskipun setelah ibu bapa sudah meninggal dunia.

Ada 3 amalan yang digalakkan untuk anak-anak terus menerus melakukannya meskipun setelah kematian ibu bapa mereka. Amalan tersebut ialah:

Pertama: Mendoakan Ibu Bapa

Sabda Nabi SAW:

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

“Apabila meninggal dunia seorang insan (manusia) maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara (iaitu) sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaatnya dan anak soleh yang mendoakannya.” (Sahih Muslim, no: 1631)3 amalan anak untuk ibu bapa, 3 amalan tambah pahala ibu bapa, 3 amalan selepas kematian ibu bapa, 3 amalan untuk ibu bapa yang sudah meninggal, pahala untuk ibu bapa yang sudah meninggal

Nabi SAW bersabda:

إِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ لَيَرْفَعُ الدَّرَجَةَ لِلْعَبْدِ الصَّالِحِ فِيْ الْجَنَّةِ فَيَقُوْلُ : يَا رَبِّ أَنىَّ لِيْ هَذِهِ ؟ فَيَقُوْلُ : بِاسْتِغْفَارِ وَلَدِكَ لَكَ.

“Sungguh Allah ‘Azza wa Jalla mengangkat darjat bagi hambaNya yang soleh di syurga. Maka dia (hamba) bertanya: Bagaimana (aku dapat mencapai) semua ini? Maka dikatakan padanya: “Dengan istighfar (permohonan ampun) anakmu untukmu.” (Sunan Ibnu Majah, no. 3660)

Kedua: Bersedekah Atas Nama Ibu Bapa.

Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah SAW dan bertanya:

إِنَّ أُمِّيَ افْتُلِتَتْ نَفْسَهَا وَلَمْ تُوصِ، وَأَظُنُّهَا لَوْ تَكَلَّمَتْ تَصَدَّقَتْ، أَفَلَهَا أَجْرٌ، إِنْ تَصَدَّقْتُ عَنْهَا؟

“Ibuku telah meninggal dunia secara mendadak, sementara beliau belum (sempat) berwasiat. Saya yakin, sekiranya beliau sempat berbicara, (pastilah) beliau akan bersedekah. Apakah beliau akan mendapat pahala jika saya bersedekah atas nama beliau?” Nabi SAW menjawab:

نَعَمْ تَصَدَّقْ عَنْهَا.

“Ya. Bersedekahlah atas nama ibumu.”
(Sahih Al-Bukhari, no: 1388 dan Sahih Muslim, no: 1004)

Ketiga: Meneruskan Amalan Baik yang Pernah Dicontohkan oleh Ibu Bapa.

BACA JUGA: Ibu Bapa Perlu Soleh Dahulu Sebelum Mengharapkan Anak Mereka Menjadi Soleh

Sabda Nabi SAW:

مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

“Sesiapa yang menunjukkan kepada kebaikan maka dia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya.” (Sahih Muslim, no: 1893)

Sabdanya lagi:

مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى، كَانَ لَهُ مِنَ اْلأَجْرِ مِثْلُ أُجُوْرِ مَنْ تَبِعَهُ، لاَ يَنْقُصُ ذلِكَ مِنْ أُجُوْرِهِمْ شَيْئًا.

“Sesiapa yang mengajak kepada suatu petunjuk, maka dia memperoleh pahala seperti pahala orang yang mengikutinyaz tanpa mengurangi sedikit pun dari pahala-pahala mereka.” (Sahih Muslim, no: 2674)

Anak-anak perlulah berusaha meneruskan apa jua amal kebaikan yang pernah dicontohkan oleh ibu bapa mereka agar mereka memperolehi pahala yang berterusan. Jika ibu bapanya gemar bersedekah semasa hidup, hendaklah si anak juga membudayakan amalan tersebut. Demikian amalan soleh yang lain.

sumber

MEI 09 2023

 


Pahala sabar itu tiada batas.



Kata orang sabar itu ada batasnya,
Tapi kata Allah pahala sabar itu tiada batas.

"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas," (QS As-Zumar : 10)

Andai Allah menghadirkan seseorang yang menghadiahkan air mata, itu bererti Allah mendidik kita untuk SABAR.

Andai Allah mempertemukan kita dengan seseorang yang membuat kita tersenyum, saat itu Allah mengajarkan kepada kita rasa SYUKUR.

Andai tanpa sebab seseorang hadir menghina kita, saat itu Allah mendidik kita untuk REDHA dan memacu diri lebih baik.

Sabar, syukur dan redha atas apa yang hadir menyapa dalam kehidupan kita sekalipun itu tidak kita sukai. 

Boleh jadi itu cara terindah dari Allah untuk menempa peribadi kita agar kian mulia dan dirahmati-Nya.

Alhamdulillah

Wadah Terkini