Menjaga adab memang tidak mudah.
Sebelum bercakap, orang yang menjaga adab perlu berpikir baik-buruknya terlebih dulu. Dia turut perlu memilih perkataan yang tepat agar tidak mengguris hati. Dia juga perlu pandai menempatkan diri pada tempat orang lain. Dan banyak lagi.
Oleh kerana itu, jangan hairan apabila hanya orang yang bijak sahaja yang mampu beradab.
Imam Ibn Hibban berkata: "Orang yang berakal mesti selalu diam sehingga tiada pilihan melainkan bercakap. Sungguh terlalu ramai orang yang menyesal kerana bercakap, namun sangat jarang orang yang menyesal kerana diam. Manusia yang paling panjang kesengsaraannya dan paling besar musibahnya adalah orang yang lidahnya selalu dilepaskan dan hatinya selalu ditutup." (Rawdat al-'Uqala h. 43)
0 Comments:
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”