DOA AGAR SEMUA TAKDIR BAIK
Doa ini diajarkan oleh Nabi ﷺ kepada isterinya yang dikasihi 'Aisyah radhiyallahu 'anha.
Doa ini sebahagian daripada doa Nabi ﷺ yang panjang, memohon agar Allah sentiasa memberi kebaikan untuk kita dalam segala urusan, dan melindungi kita daripada segala keburukan, di dunia & akhirat.
Allahumma inni as-aluka minal khoiri kullihi ‘ajilihi wa ajilihi ma ‘alimtu minhu wama lam a’lam. Wa a’uzubika minasy syarri kullihi ‘ajilihi wa ajilihi ma ‘alimtu minhu wama lam a’lam.
"Ya Allah, aku memohon kepada-Mu semua kebaikan yang disegerakan mahupun yang ditunda, apa yang aku ketahui mahupun yang tidak aku ketahui. Aku berlindung kepada-Mu dari semua keburukan, apa yang disegerakan mahupun yang ditunda, yang aku ketahui mahupun yang tidak aku ketahui."
Aamiin
0 Comments:
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”