BELASUNGKAWA : SENIMAN WAHID SATAY

Semalam 22.5.2023 , dunia seni Melayu kehilangan seorang pelakon dan pelawak legenda. 

Abdul Wahid Bin Ahmad dilahirkan di Inderagiri,Sumatera pada tahun 1930. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Geylang selama 4 tahun dan Sekolah Inggeris selama 2 tahun. Selepas Perang Jepun, Wahid bekerja sebagai kelasi kapal dan telah belayar di banyak negeri di  Nusantara dan Eropah selama 9 tahun. Selepas itu Wahid bekerja sebagai Penolong Pelukis dengan Keris Films dalam filem BULOH PERINDU. Beliau juga turut berlakon sebagai extra. Selain dari itu, Wahid juga menganggotai kumpulan muzik Chand Ni Rat sebagai penyanyi lagu-lagu lawak. Selepas berlakon dalam beberapa buah filem sebagai extra, Wahid diberi peranan yang melonjakkan nama beliau. Cathay Keris menawarkan Wahid berlakon sebagai penjual satay dalam filem PONTIANAK. Mulai dari itu, nama beliau melekat sebagai Wahid Satay. 

Oleh kerana Wahid berjaya menambat hati penonton sebagai seorang pelawak, beliau diberi peranan sebagai hero dalam beberapa buah filem seperti CHE MAMAT PARANG TAJAM, CHE MAMAT PARANG TUMPOL, BADANG dan banyak lagi. Apabila demam Pop Yeh Yeh melanda Singapura, Wahid juga tidak melepaskan peluang menunjukkan bakat beliau menyanyikan lagu-lagu  berentak demikian . Beliau menggunakan nama A.Wahid dan diiringi oleh Band The Blue Beats. 
Wahid Satay sekarang masih berada di Singapura. 

Salam takziah buat keluarga Allahyarham. Semoga rohnya beliau ditempatkan bersama orang2 yang solih. 

AL FATIHAH



Kalau kau masih membaca sampai sini
mungkin tulisan ini sedang memeluk hati kau dalam diam.
Di Sini, Jiwa Yang Penat Boleh Berehat.
#JMBELOG

1 ulasan:

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”