Pages

Mei 14, 2023

31 kawasan seluruh negara catat suhu 35-37 darjah Celcius

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengesan 31 kawasan di seluruh negara ini yang mencatatkan suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celcius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut. 

Menurut Met Malaysia, kawasan yang berada pada tahap berjaga-jaga itu melibatkan 30 kawasan di semenanjung Malaysia dan satu kawasan di Sabah. 

“Terdapat 30 kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada tahap satu atau berjaga-jaga iaitu di Perlis; Baling, Kota Setar, Bandar Baharu, Padang Terap, Kubang Pasu, Kuala Muda, Pendang, Kulim, Sik, Kuala Muda di Kedah; Hulu Perak, Kinta, Kuala Kangsar di Perak; Kuala Krai, Pasir Mas di Kelantan; Bentong, Bera, Jerantut, Lipis, Maran, Raub, Rompin, Temerloh di Pahang, Kuala Lumpur dan Kuala Selangor serta Jelebu, Jempol, Tampin di Negeri Sembulan dan Muar di Johor. 

“Terdapat satu kawasan di Sabah berada pada tahap satu iaitu  Kinabatangan, manakala tiada kawasan di Sarawak berada pada tahap satu,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Sebagai rekod, tahap satu atau berjaga-Jaga bermaksud suhu maksimum harian adalah antara 35 hingga 37 darjah Celcius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut,” katanya. 

Jelas Met Malaysia, orang ramai pada masa sama boleh merujuk lama web https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ untuk maklumat terkini status cuaca panas harian. – UTUSAN


0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!