Langkau ke kandungan utama

Dalam hanya beberapa saat sahaja, saya lihat dinding itu tercabut separuh sebelum lenyap sepenuhnya diterbangkan angin.

Kuala Lumpur: "Saya hanya mampu lihat barang berterbangan ditiup angin kuat apabila dinding bilik tercabut," kata Faridah Saim, penghuni di Perumahan Awam Loke Yew, di sini, yang terjejas ribut, semalam.

Menceritakan semula kejadian itu, Faridah, 54, berkata, ketika insiden berkenaan kira-kira 7 malam, hanya dia dan suami, Nazri Nasir, 55, berada di kediaman mereka di tingkat 12.

"Ketika itu, saya sedang mengambil pakaian yang dijemur di balkoni, manakala suami pula sedang bersiap untuk menunaikan solat Magrib di bilik berkenaan sebelum angin kuat memasuki rumah.

"Angin kuat dari arah balkoni masuk ke ruangan bilik itu yang terbuka pintunya sebelum saya lihat ada rengangan pada dinding berkenaan diperbuat daripada papan.

"Dalam hanya beberapa saat sahaja, saya lihat dinding itu tercabut separuh sebelum lenyap sepenuhnya diterbangkan angin. Ada beberapa pakaian, langsir serta beg di dalam bilik itu turut diterbangkan angin," katanya ketika ditemui di rumahnya di Perumahan Awam Loke Yew, di sini, hari ini.

Faridah berkata, dia kemudian meminta bantuan jiran untuk membantu mengalihkan barang di bilik berkenaan.

"Saya ada dengar jiran-jiran lain juga menjerit dan melaungkan kalimah Allah ketika angin kuat melanda rumah mereka. Mujur tiada sesiapa yang cedera dalam insiden ini.

"Ini adalah kejadian kedua berlaku membabitkan insiden dinding tercabut apabila ribut dan ada jiran sudah menyuarakan kebimbangan mengenai isu sama berulang kali kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)," katanya.

Beliau yang juga suri rumah berkata, sebahagian dinding bangunan itu dibina diperbuat daripada papan dan pihaknya bimbang ia tidak begitu kukuh dengan keadaan angin kuat terutama pada waktu ribut.

"Pada hari biasa sahaja angin sudah begitu kuat memandangkan kebanyakan pokok di kawasan sekitar sudah ditebang.

"Perkara ini menyebabkan kami (penduduk) bimbang terhadap keselamatan dan keadaan struktur rumah terutama ketika ribut.

"Selepas kejadian dinding tercabut di bangunan ini pada 2014, ada jiran yang tampil membuat aduan kepada DBKL bagi mengatasi masalah ini, namun perkara ini berulang semula," katanya yang sudah menetap di rumah itu sejak 28 tahun lalu.

Beliau berharap isu itu dapat ditangani dengan segera bagi mengelakkan masalah sama berlaku pada masa akan datang.

Tinjauan di rumah Faridah mendapati terdapat beberapa kontraktor DBKL sedang membina semula dinding bilik berkenaan menggunakan bata.

⁃bends.

Sumber : MyMetro

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jangan Pandang Rendah Pada Motor Tua

MONOLOG JIWA Jangan Pandang Rendah Pada Motor Tua Catatan Reflektif #JMBELOG Kadang-kadang hidup ini mengajar kita satu perkara yang cukup sederhana: jangan terlalu cepat menilai. Kita sering melihat luaran terlebih dahulu. Kita melihat pakaian seseorang. Kita melihat kenderaannya. Kita melihat pekerjaannya. Lalu tanpa sedar, kita membina satu gambaran tentang siapa dirinya. Begitulah juga ketika menonton video seorang kurir penghantar makanan yang menunggang motosikal lama. Dari jauh, tiada apa yang kelihatan luar biasa. Motor tua. Penampilan biasa. Tiada aksesori mahal. Tiada bunyi enjin yang menggegarkan jalan. Namun apabila perlumbaan bermula, sesuatu yang tidak disangka berlaku. Satu demi satu pelumba berjaya dipintas. Malah ramai yang terkejut melihat bagaimana motosikal lama itu mampu bergerak begitu pantas dan cekap. Mungkin video itu sekadar hiburan. Mungkin ada unsur dramatik untuk menarik perhatian penonton. Tetapi ada satu pengajaran yang boleh kita ...

GO – Bila Hidup Meminta Kita Terus Melangkah

GO – Bila Hidup Meminta Kita Terus Melangkah GO – Bila Hidup Meminta Kita Terus Melangkah #JMBELOG | Monolog Jiwa | Catatan Kehidupan Ada hari-hari tertentu dalam hidup yang terasa begitu berat. Bukan kerana dunia sedang runtuh, tetapi kerana terlalu banyak perkara sedang berlaku di dalam kepala kita sendiri. Fikiran bercelaru. Hati terasa sesak. Malam menjadi panjang. Tidur pula enggan singgah. Kadang-kadang kita tersenyum di hadapan orang lain, tetapi di dalam diri, sedang berlaku ribut yang tidak siapa nampak. "Can't think, can't sleep, can't breathe." Begitulah rasanya apabila tekanan hidup datang bertalu-talu. Kita cuba kuat. Kita cuba bertahan. Tetapi ada masanya, semuanya terasa terlalu banyak untuk dipikul sendirian. Namun hidup mempunyai caranya yang tersendiri untuk mengajar kita. Di saat kita hampir berhenti, hidup sering berbisik perlahan: "Teruskan." Bukan kerana jalan di hadapan mudah. Bukan kerana segala masalah sudah sele...

NERAKA YANG TERHIJAB

NERAKA YANG TERHIJAB Drama Adaptasi Penuh Konflik, Pengorbanan dan Dilema Kehidupan Drama "Neraka Yang Terhijab" mula bersiaran pada 4 Jun 2026 dan ditayangkan setiap Khamis hingga Ahad secara eksklusif di platform Tonton . Siri sebanyak 20 episod ini diarahkan oleh Azri Izhar dan ditulis oleh Liza Nur , menampilkan sebuah kisah yang sarat dengan emosi, pengorbanan dan konflik kehidupan yang mampu menyentuh hati penonton. "Kadangkala kehidupan memaksa seseorang memilih jalan yang tidak pernah mereka inginkan." Barisan Pelakon Utama Ezzanie Jasny sebagai Adda Lorenzo Irman sebagai Annas Arfie Shah sebagai Zakwan Sinopsis Ringkas Drama ini mengisahkan perjalanan hidup Adda , seorang pelajar universiti yang terpaksa berdepan dengan pelbagai kesukaran hidup apabila wang biasiswanya disalahgunakan oleh bapanya sendiri....