Pages

Mei 23, 2023

Filem Anwar: The Untold Story berjaya mencatat jumlah kutipan RM1 juta pada hari pertama tayangannya.

Filem Anwar: The Untold Story yang mengisahkan perjuangan Perdana Menteri, Datuk Sri Anwar Ibrahim dalam arena politik tanah air berjaya mencatat jumlah kutipan RM1 juta pada hari pertama tayangannya.

Anwar: The Untold Story diterajui oleh aktor Farid Kamil yang memegang watak sebagai Anwar, manakala aktres terkenal Indonesia, Acha Septriasa membawa watak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku teraju utama.

Selain itu, filem arahan pengarah Indonesia, Viva Westi itu dimantapkan lagi dengan barisan pelakon seperti Hasnul Rahmat, Firdaus Karim, Saskia Chadwick, Piet Pagau dan Dewi Irawan.

Filem ini juga menyaksikan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyanyikan lagu runut bunyi filem berjudul Menjaga Cintamu ciptaan Andi Rianto dan lirik oleh Sekar Ayu Asmara.

Selain Malaysia sebagai lokasi utama, filem Anwar: The Untold Story menjalani penggambaran di Indonesia.

Anwar: The Untold Story mengisahkan perjuangan dan pengorbanan Anwar menentang amalan rasuah dengan sokongan isterinya.

Filem memfokuskan bagaimana Anwar tegas menolak pelbagai jenis imbuhan dan wang tunai menyebabkannya difitnah dalam konspirasi besar hingga dipecat, dipukul secara brutal dalam lokap dan dibiarkan tanpa rawatan sehingga beberapa hari.


sumber

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!