Assalamualaikum
AllahummaSolliAlaSayyidinaMuhammad
RAJIN-RAJINLAH TENGOK STATUS / STORY KAWAN ANDA, KADANG-KADANG KITA TERLEPAS PANDANG ADA SESUATU YANG INGIN DIA LUAHKAN, TIBA-TIBA DIA MENGHILANG, BILA JUMPA HANYA JASAD YANG TIDAK BERNYAWA...
Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah! ampunilah dosa kami dan dosa kedua orang tua kami dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami
Ya Allah, hilangkanlah kesusahan dan berikanlah *ibu bapa* kami kesembuhan, Engkau Zat Yang Maha Menyembuhkan. Tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lain.
Ya Allah, sesungguhnya kami memiliki dosa kepada-Mu dan dosa yang kami lakukan kepada makhluk-Mu. Kami bermohon Ya Allah, agar Engkau mengampuni dosa yang kami lakukan kepada-Mu serta mengambil alih dan menanggung dosa yang kami lakukan kepada makhluk-Mu.
Ya ALLAH, perlihatkanlah kepada kami yang benar itu benar, dan kurniakanlah kami untuk dapat mengikutinya. Dan perlihatkanlah kepada kami yang salah itu salah, dan kurniakanlah kami untuk dapat menghindarinya. Janganlah ENGKAU menjadikannya samar di hadapan kami sehingga kami tersesat. Dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.
YA ALLAH,
Yang Maha Pemurah,
Yang Maha Merancang,
berikan kami rezeki seluas langitMU,
rezeki yang berkat,
Rezeki yang tak pernah putus seperti air zamzam,
rezeki yang bertebaran di seluruh pelusuk dunia seperti mana air zamzam MU yang bertebaran di seluruh dunia,
rezeki yang tak pernah putus,
rezeki yang membawa kebaikan,
rezeki yang tak di sangka-sangka,
rezeki yang menjangkau akal fikiran,
rezeki yang membawa kami ke syurgaMU
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.
.
.
TOLONG maaf saya
MAAF atas kekurangan & kekhilafan
TERIMA KASIH atas segalanya
.
PLEASE I'm sorry
SORRY for the shortcomings & mistakes
THANK YOU for everything
*Pengetahuan Am*
1. Jangan call seseorang berturut-turut. Kalau tak berjawab, maknanya mereka sedang buat sesuatu yang penting. Mesej selepas itu dan tanya bila masa sesuai untuk call.
2. Pulangkan duit yang kita pinjam sebelum diminta. Tak kisah lah RM 1 atau RM 100. Hutang tetap hutang. Hormati integriti diri sendiri.
3. Jangan sesekali order menu yang mahal bila ada orang belanja. Lebih molek, minta orang yang belanja pilihkan menu. Sensitif terhadap orang yang belanja.
4. Jangan lah bertanya soalan janggal seperti, "Oh, belum kahwin ya? Umur dah berapa ni?", atau "Belum ada anak ya? Kan dah lama kahwin?", "Kenapa belum beli rumah?". Itu hal peribadi. Tak perlu ditanya. Bukan hal kita.
5. Selalu buka dan pegangkan pintu untuk orang dibelakang kita, terutamanya warga tua atau ibu sedang dukung anak. Tak rugi bantu mudahkan orang lain.
6. Berhati-hati dalam bergurau. Tak semua orang boleh terima cara kita. Kalau orang tak suka, hentikan. Jangan diulang lagi.
7. Bila terima mesej, balas walaupun terlambat atau sedang sibuk. Ingat, bukan kita sahaja sibuk. Bila dah lapang, tetap balas dan mohon maaf atas kelewatan.
8. Beri pujian di khalayak, tetapi beri kritikan secara peribadi dan tersendiri. Niat untuk menambah baik, bukan mengaibkan.
9. Jangan buat perancangan di depan mereka yang tidak terlibat atau tidak dijemput sekali. Kalau dah terbagi tahu, eloklah jemput terus.
10. Hormati seseorang pada nilainya, bukan jawatan atau posisi. Seorang tukang cuci layak dilayan sama seperti seorang CEO. Mereka sama-sama manusia. Layanan kita yang penuh adab adalah cerminan nilai dalam diri kita.
Teguran Sesama Kita Dan Diri Sendiri
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.