ADA APA PADA NAFAS ?*
(Ilmu Nafas bahagian : 1)
"Nikmat mana yang kamu dustakan !"
Nikmat yang paling berharga didalam kehidupan ini adalah "NAFAS"...
Jasad tanpa "Nafas" dikatakan Mayat,
Roh tanpa Nafas dikatakan Arwah.
Tanpa disedari, Nafas itulah yang telah menjadi "TALI" penghubung antara Roh dan Jasad, antara Kalimah Tauhid dan Kalimah Rasul, antara Allah dan Akhbar. Dia jugalah yang menjadi TALI pengikat antara Ijab dan Qabul.
Ramai yang beranggapan "Nafas" hanyalah sekadar angin yang keluar masuk melalui hidung atau mulut. Memenuhi paru-paru sambil membekalkan oksigen, mengambil karbon dioksid dan keluar melalui hidung atau mulut juga.
Bagi mereka Nafas itu hanyalah proses semulajadi yang telah ditentukan sejak dari azali. Lalu ia tidak perlu diambil peduli dengan secara Khusus.
Namun.......
Apabila berlakunya Kematian, yang diperiksanya adalah PERNAFASAN dan Denyutan Jantung.
Semua yang hidup sangat perlu Bernafas. Jika tidak Bernafas maka ia akan Mati.
Kematian itu adalah berpisahnya Roh dari Jasad. Tetapi ia juga dikatakan telah "Menghembuskan Nafasnya yang terakhir".
Didalam seni bela diri, orang cina telah mengolah pergerakan anggotanya seiring dengan Nafas untuk mendapatkan tenaga dalaman yang dipanggil tai-chi.
Orang jepun pula telah mengawal Pernafasannya mengikut denyutan jantungnya yang dipanggil ninja.
Begitu juga dengan orang india yang mengamalkan yoga dan berbagai lagi teknik Pernafasan ini.
* Apakah hubungan NAFAS dan ROH ???
Roh itulah yang telah Menghidupkan manakala Nafas itu pula adalah Kehidupan.
Roh itu Ghaib,
Nyata Roh itu pada NAFAS.
Sebab itulah dikatakan Nafas itu adalah kembarnya Roh.
* Apakah yang ada pada NAFAS ???
Ramai pengkajian yang mencari sesuatu kehebatan melalui Nafas.
Mereka berjurus dengan menggunakan kaedah Nafas yang diolah beserta dengan pergerakan anggota badan. Hanya dengan pergerakan anggota badan yang seiring dengan Nafaslah yang mampu menzahirkan sesuatu yang hebat diluar jangkauan akal (Terkeluar dari akal sedar).
* Dari manakah datangnya kekuatan tersebut ???
Kekuatan itu terbit dari KUDRAT ALLAH SWT yang terpancar bersama "Nafas".
Apabila berDzikir, mereka akan mengamalkan Dzikir Nafas...
Kebiasaannya, Dzikir adalah untuk Akhirat. Namun, apabila dibawa ke dunia, maka kehebatannya tiada tandingan.
Sebab itulah mereka mampu menjadi perawat hanya dengan kekuatan Nafas. Menarik atau menolak penyakit, menangkap makhluk halus, membuka pancaindera dan sebagainya.
Yang suka bertaranum pula juga menggunakan Nafas. Dengan mengawal Pernafasannya, mereka akan mampu melagukan ayat-ayat Al-Qur'an dengan Sempurna.
Sesungguhnya "Suara" yang dilafaskan itu terbit dari getaran udara yang keluar bersama Nafas...
Al-Imam Al-Ghazali ra pernah berkata;
"Zikir yang disertakan dengan NAFAS akan mempercepatkan penyucian hati".
Dari sinilah timbulnya bab "Zikir Nafas".
Setinggi-tingginya ilmu adalah ILMU NAFAS...
Sebaik-baiknya Zikir adalah Zikir "Lailahaillallah". Tetapi jika tidak disertakan dengan "Nafas" maka ianya hanya dikira sebagai "Tahlil" sahaja.
Sebaik-baiknya Amalan adalah "Tafakur". Tiadalah ia dinamakan "Tafakur" jika tidak menyertakan "Nafas" bersama.
... Alif - Lam - Mim ...
Ada yang menghuraikan maksud huruf tersebut sebagai;
ALIF - ALLAH
LAM - LATIFF (Lembut)
MIM - MUHIT (Meliputi)
Allah Lembut Meliputi,
"Didalam Dia Memenuhi, di luar Dia Meliputi"
Itulah NAFAS AL- HAYAT...
Sesungguhnya, pergerakan "Jurusan" itu diolah dari pergerakan "SOLAT".
Didalam Solat, kita Wajib menghadirkan kesemua yang "ADA" pada diri kita untuk Beribadah kepada Allah swt.
Tidak cukup hanya melaksanakan perlakuan Solat yang sekadar menghadirkan Jasad dan Roh tanpa menyertakan "NAFAS" bersama.
Mana mungkin Makmum Solat TANPA Imam,
Yang menjadi Imam itu Roh,
Roh itulah "Nur Muhammad.
"Aku Bapa segala Roh dan Adam itu Bapa segala Jasad".
"Aku Imam sekalian manusia".
Nafas itu kembarnya Roh. Maka dialah IMAM yang "Nyata" didalam Solat.
Itulah yang dimaksudkan dengan,
"Aku Solat..... Berimamkan Al-Qur'an"
Roh itu Hakikat,
Nafas itu Syariat.
Al-Qur'an itu Qodim,
Allah itu Qodim.
Allah itu Dzat,
Muhammad itu Sifat.
Muhammad itu Roh,
Nyata Roh pada Nafas.
"Solat itu Mikraj mereka yang Mukmin".
Yang "Mikraj" itu hanyalah Nabi Muhammad Rasullullah saw. Jasad adalah "Batu" yang tidak di izinkan turut serta.
Yang dikatakan "NABI" itu adalah pangkat yang tertinggi untuk seorang manusia, yang tertinggi itu adalah NAFAS. Hanya "DIA" yang mampu naik ke Tujuh Petala Langit dan turun ke Tujuh Petala Bumi.
Didalam Solat, "Nafas" itu yang mengiringi setiap pergerakan. Maka tariklah Nafas ketika pergerakan ke atas dan lepaskanlah "Nafas" ketika pergerakan ke bawah.
Sebelum melafaskan sesuatu, tariklah Nafas terlebih dahulu dan biarlah Nafas itu keluar bersama dengan suara yang dilafaskan.
Yang dikatakan "MUHAMMAD" itu adalah "Diri Yang Sebenar Diri" kita.
Maksud Isra' adalah Perjalanan. Perjalanan dari "ADAM" ke "MUHAMMAD". Dari dalam ke luar, manakala "Mikraj" pula adalah "Naik" ke Maqam yang lebih tinggi.
Dari "Manusia" kepada "Adam" dan terus ke Maqam "Muhammad Rasullullah" agar mampu Mikraj untuk bertemu Allah swt.
"Neraka Weil untuk mereka yang lalai didalam Solatnya".
Lalai kerana mengaku segala perlakuan Solat itu adalah perlakuannya sendiri, tanpa Menyedari dia telah Mensyirikkan Allah swt.
Lalai kerana membiarkan Nafasnya tidak diurus dengan Sempurna.
"Lalai" kerana "Makmum" Solat tanpa "Imam".
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.