Lirik Lagu Sepasang Kurung Biru - Khairil Johari Johar

Tiada salam atau ucapanTiada pesan tanda ingatanSuasana penuh kerianganKu teringat pada seseorang oh
Di hari yang berbahgia iniHatiku kosong dan sepi sekaliBetapa manis kenangi laluMenyambut raya bersama denganku oh
Tiada bisikan lembut yang kudengarHanya suara azan sayup bergemaMasih kurasakan hangat tanganmuDi pagi raya bersalam denganku
Tetamu datang tetamu pergiNamun tak tiba orang kunantiHanya sepasang kurung nan biruMenjadi teman mengubat rinduku oh
Tiada bisikan lembut yang kudengarHanya suara azan sayup bergemaMasih kurasakan hangat tanganmuDi pagi raya bersalam dengankuHo

Rindu Bertandang Lagi - Hattan

Rindu bertandang lagi, kekasihHatiku merintih keranamuKesunyian mencengkamLautan kenanganAjaibnya perasaan
Rindu membawa daku, kekasihPada musim-musim bersamamuRasa kasih dan rinduYang tertanam buatmuDi jambangan usiaku
Waktu memisahkan aku denganmuKemanisan bersatu dalam sebuah rindu
Kini saat indah menjadi sejarahDan musim pun berlalu bersama waktuKini bertemankan sebuah perasaanRasa kasih rasa rindu padamu
Rindu membawa daku, kekasihPada musim-musim bersamamuRasa kasih dan rinduYang tertanam buatmuDi jambangan usiaku
Waktu memisahkan aku denganmuKemanisan bersatu dalam sebuah rindu
Kini saat indah menjadi sejarahDan musim pun berlalu bersama waktuKini bertemankan sebuah perasaanRasa kasih rasa rindu padamu
Rindu bertandang lagi di hatiRindu menghampiri kala sunyiDi halaman hidupku yang kosong tak terisiSungguh lama dikau pergi

Lirik Lagu Teguh - Kumpulan Kasawari

Biarpun engkau jauh
Kasihku tetap teguh
Walaupun telah hilang
Engkau masih dalam ingatan

Malamku yang panjang
Hatiku yang suram
Terkelip-kelip memikir kesudahan

Kita berpisah bukan direncana
Bukanlah kehendak kita
Semua suratan takdir
Yang penuh dengan kesedihan

Aku yang diajar tentang ketabahan
Serta kesabaran di dalam mencarimu

Di sini aku menyendiri
Susuri badai penuh pilu
Dan ada juga ketika kukebingungan
Terkapar-kapar mencari pegangan
Di dalam arus kehidupan
Kuyakin akan bertemu jalan penyudah
Tuhan yang lebih mengerti

Lirik Lagu Tatirana - Kumpulan Lestari

Tak pernah kudugaPerpisahan mengusik mindaDalam resah terlerai juaCinta yang dibina
Tak dapat ku nyataPerasaan hambatan jiwaKeinginan lindungan mataBicara tak sekata
Kusengsari apa yang terjadiSilau mata aku tak terdayaMengundangkan rekah dahan cintaSendu di penghujung rasa
Kau gadis yang pertama ku cintaTidak ku banding dengan si diaKau sempurna bagai yang di citaSabar setia tak curiga cinta
Tantirana kembalilah kepadakuTantirana terimalah oh cintakuRasa rindu cinta kasihku untukmu
Kau kalis cintakuLuka dulu sempadan rasaMoga sinar gerhana piluBicara kita berdua
Kusedari apa yang terjadiSilau mata aku tak perdayaMengundangkan rekah dahan cintaSendu di penghujung rasa
Kau gadis yang pertama ku cintaTidak ku banding dengan si diaKau sempurna bagai yang di citaSabar setia tak curiga cinta
Tantirana kembalilah kepadaku (tantirana tantirana)Tantirana terimalah oh cintaku (tantirana tantirana)Rasa rindu cinta kasihku untukmu
Tantirana kembalilah kepadaku (tantirana tantirana)Tantirana terimalah oh cintaku (tantirana tantirana)Rasa rindu cinta kasihku untukmu ah ah

Lirik Lagu Apa Penghujungnya - Kumpulan Kapilla

Bila kesabaranku terujiAkan ku terus melangkah pergiBukanlah itu yang kuinginiKu harap kau mengerti
Jika sekali dua itu tak mengapaCerita yang sama engkau ulang semulaSelama ini aku diam sajaDemi menjaga hatimu
Tidak pernah aku menggadaikanSeluruh jiwa raga iniAndainya keadaan masih serupaKau ingin belayar di lautanMerempuh ombak yang menggilaMana layarnya mana sauhnya serta tali
Untuk berkata memanglah mudahDan melaksanakanya bagaimanaTak semudah yang engkau sangka
Apa penghujungnya hidupku denganmuApa sebenarnya dalam hatimuTuhan lindungilah aku dari kekalutanYang masih kesamaran
Bila kesabaranku terujiAkan ku terus melangkah pergiBukanlah itu yang kuinginiKu harap kau mengerti
Tidak pernah aku menggadaikanSeluruh jiwa raga iniAndainya keadaan masih serupa
Kau ingin belayar di lautanMerempuh ombak yang menggilaMana layarnya mana sauhnya serta tali
Untuk berkata memanglah mudahDan melaksanakanya bagaimanaTak semudah yang engkau sangka
Apa penghujungnya hidupku denganmuApa sebenarnya dalam hatimuTuhan lindungilah aku dari kekalutanYang masih kesamaran
Apa penghujungnya hidupku denganmuApa sebenarnya dalam hatimuTuhan lindungilah aku dari kekalutanYang masih kesamaran

TEMPAT DAN ORANG YANG TEPAT, AKAN MENGHARGAI KAMU DENGAN NILAI YANG BETUL

Seorang bapa berkata kepada anaknya :-

"Kamu lulus peperiksaan dengan kepujian, ini adalah kereta yang ayah beli bertahun-tahun yang lalu. Ayah sangat sayang dan simpan untuk dihadiahkan kepada kamu!"

Mata si anak terkebil-kebil melihat kereta yang agak lusuh dan terbiar lama di garaj usang. 

"Tetapi ... sebelum ayah berikan kepada kamu, bawalah ke kedai menjual kereta terpakai dan beritahu mereka bahawa kamu ingin menjualnya dan lihat berapakah nilai yang akan mereka tawarkan kepada kamu."

Anak lelaki itu mengikut arahan bapanya lalu pergi ke kedai kereta terpakai dan kembali kepada bapanya seraya berkata :-

"Mereka menawarkan saya 5000 kerana kereta itu tidak terjaga dan kelihatan sangat usang."

Si bapa berkata, "Cuba bawa ke kedai yang boleh digadai."

Anak lelaki itu pergi ke kedai gadai. Kembali kepada bapanya dan berkata :-

"Kedai itu menawarkan 500 saja kerana ia adalah sebuah kereta yang sangat teruk."

Kemudian si bapa meminta anaknya pergi ke sebuah kelab kereta dan menunjukkan kepada mereka kereta itu. 

Anak lelaki itu membawa kereta itu ke kelab, kembali dan memberitahu bapanya :-

“Beberapa orang di kelab itu menawarkan 100,000 untuknya kerana ia adalah Nissan Skyline R35. Kereta ikonik dan dicari oleh ramai orang.

Si bapa berkata kepada anaknya :-

"AYAH NAK KAMU TAHU ... TEMPAT DAN ORANG YANG TEPAT, AKAN MENGHARGAI KAMU DENGAN NILAI YANG BETUL"

1. Sekiranya kita tidak dihargai, jangan marah, ini bermakna kita berada di tempat yang salah.

2. Mereka yang benar kenal pasti tahu bagaimana untuk menghargai. 

3. Jangan tunggu lama-lama di tempat kita tidak dihargai. 

4. Jangan buang masa berurusan dengan orang yang tidak menghargai kita.

Semoga bermanfaat.


ANAK BAPAK - LAGENDA AR. TOMPEL

ANAK BAPAK - LAGENDA AR. TOMPEL 

Semasa kematiannya tanggal 30 Januari 1973, A.R.Tompel mempunyai 18 orang anak hasil daripada 6 perkahwinan. Seramai 9 orang daripada mereka adalah lelaki. 

6 perkahwinan ini termasuk :
1. P. Suriati (Pelakon) - 3 orang anak
2. Saloma -(Penyanyi) seorang anak
3. Azizah@ Jah Ismail (Pelakon)- 10 orang anak
4. Shamsiah - seorang anak
5. Ruminah Sidek (Pelakon) - 2 orang anak
6. Zainun Yusof - seorang anak

Bersama P.Suriati, Armaya Aman Ramlie (A.R.Badol) dan Amran Aman Ramlie (Amran Tompel) paling terkenal. Begitu pun juga, antara mereka berdua, A.R.Badol yang lahir di Singapura pada 2 November 1949, paling menonjol kerana banyak berlakon dan mengarah filem yang boleh dikatakan semuanya bercorak komidi. Bagaimanapun anak AR Tompel yang sulong - Anuar meninggal dunia pada Disember 2019 yang lalu.

Bersama Saloma, A.R.Tompel hanya mempunyai seorang anak, Armali Aman Ramlie, yang lebih terkenal sebagai pemuzik dibandingkan pelawak. Dia dilahirkan di Singapura pada tahun 1953 dan meninggal pada tahun 2006.

Bersama Jah Ismail, paling ramai A.R.Tompel mempunyai anak (10 semuanya) Mereka sedang giat berusaha mengumpulkan bahan-bahan mengenai A.R.Tompel untuk tulisannya yang akan dijadikan buku.

Bersama Ruminah Sidek, Adlin Aman Ramlie yang paling ke depan mengikut langkah ayahnya sebagai anak seni, aktif didalam pementasan teater & filem.

Bersama Shamsiah & Zainun merupakan wanita kebanyakan masing masing dengan seorang anak. Zainun berasal dari Kelantan, hanya seorang anak - Dicky AR yang masih didalam perut sewaktu AR Tompel meninggal dunia. Namun tak dapat dinafikan wajahnya saling tidak tumpah keturunan Aman Ramlie.

Catch Cold Father! mana satu betul betul muka ANAK BAPAK?

Teks: Mimin

Rujukan:
Repair Gambar Lama
Keluarga AR Tompel - Azman AR


Biawak, babi...

BIAWAK

Jarang kita dengar biawak masuk ke rumah, sesekali tu ada sebab dah tiada "dangerous sense" disekitar rumah penduduk kampung tu.

Makanan utama biawak adalah Ular & Telur. Biawak kebal dari racun ular, merupakan Pemburu pd ekosistem ular.

Bayangkan jika biawak pupus di sesebuah kawasan penempatan akibat diburu dan dimakan oleh manusia berbangsa "betis kecil", maka ularlah yg akan bermaharajalela di kawasan tersebut.

Ada Biawak, selamatlah penempatan itu.

BABI

Juga merupakan penjaga ekosistem tumbuh²an dalam Hutan. dan juga Pemangsa pada Harimau. Sekiranya Harimau telah mula muncul di kawasan penempatan manusia, bermakna babi telah pupus dikawasan hutan itu akibat diburu oleh bangsa² muka "yajuj majuj".

Tanpa Babi, tanah hutan akan mengering, pokok² akan menjadi semakin jarang dan pupus perlahan², kerana babi ditugaskan utk membajak dan menggembur tanah.


Sebab itu Rasulullah saw melarang dari Memakan Dabbah (biawak) dan Khinzir (Babi). agar ekosistem hutan itu terjaga dari membiaknya pemangsa² merbahaya terhadap manusia.

Ya Allah, terimalah ibadah kami...

Bismillahirrahmanirrahim.

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu pemeliharaan dan keamanan dalam bulan Ramadan yang masih berbaki ini.

Kami menadah tangan dengan penuh pengharapan dan rendah diri agar kami dikurniakan kesihatan dan kekuatan, jiwa yang tenang dan tenteram. Hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab, tekad dan azam yang tinggi untuk terus berjaya serta dapat menjalankan tugas sebagai hamba-Mu ya Allah.

Ya Allah, bantulah kami dalam menjalankan urusan agama kami, elokkanlah urusan dunia kami, yang padanya tempat kami mencari kehidupan. Elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan kembali untuk selama-lamanya. Jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian kami sebagai ketenangan kepada kami dari segala kejahatan. Sesungguhnya kami ingin kembali kepada-Mu dengan jiwa yang tenang.

Ya Allah, berkatilah kami, rahmatilah kami dan tekunkanlah kami dalam melaksanakan ibadah puasa Ramadan yang bakal tiba nanti. Perbaikilah segala keadaan dan akhlak kami serta segala amal kami dalam bulan Ramadan. Panjangkanlah usia kami dengan keberkatan Ramadan. Perbaikilah akhlak kami dan jadikanlah puasa kami mengikut segala puasa yang dilakukan oleh Nabi kami, Nabi Muhammad S.A.W.

Ya Allah, pertemukanlah kami dengan Ramadan yang akan datang. Kurniakanlah kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati, kekuatan dan kesabaran dalam menempuh dugaan.

Jadikanlah Ramadan ini Ramadan yang penuh keberkatan, penuh kerahmatan dan penuh keampunan bagi kami.

Terimalah ibadah kami dan izinkanlah kami mendapat ganjaran yang telah engkau janjikan. 

Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anni X3

Aamiin ya rabbal’aalamiin... 

DIAM BUKAN SOMBONG...



#assalamualaikum
#selamatpagi

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian,

maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik dan

kalau tidak, hendaklah diam.”

 

(hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

#diambukansombong


Ya Allah, janganlah Kau jadikan bulan Ramadhan ini sebagai bulan Ramadhan terakhir dalam hidup kami.



Assalamualaikum

Selamat pagi

Salam sahur


 Bismillahirrahmanirrahim.


Ya Allah, janganlah Kau jadikan bulan Ramadhan ini sebagai bulan Ramadhan terakhir dalam hidup kami. Jika Engkau menjadikannya sebagai Ramadhan terakhir kami, maka jadikanlah kami sebagai orang yang Engkau sayangi. 


Ya Allah, janganlah Engkau jadikan puasa ini sebagai puasa yang terakhir dalam hidup kami. Seandainya Engkau berketetapan sebaliknya, maka jadikanlah puasa kami ini sebagai puasa yang dirahmati bukan puasa yang sia-sia. 


Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anni X3


Aamiin ya rabbal’aalamiin..


#jmbelog #ramadhan 

Ai Team Subscribers: Mac 31 2024

[ channel - subscriber - date joined]

ALIEFF IRFAN - 5.51m - 06/08/2016
BELLESTRELLE - 1.37m - 09/12/2017

***
AI TEAM  - 629k - 19/04/2014
AI ENTERTAINMENT  - 450k - 24/01/2023
AI MUKBANG - 234k - 17/01/2023
AI GARAGE - 292k - 28/05/2023

***
  1. El Riss - 886k - 01/01/2020 
  2. Aniq - 843k - 17/12/2021
  3. Boyraa - 810k - 16/12/2021
  4. Shahrul Niezam - 695k - 18/12/2021
  5. Mimi - 64k - 07/06/2022
  6. Fiera - 620k - 25/08/2022
  7. Laming - 556k - 26/01/2019
  8. Aiman Noah - 558k - 22/12/2021
  9. Sulong - 558k - 30/12/2021
  10. Afiq Jefri - 452k - 28/03/2020
  11. Isya - 414k - 24/01/2023
  12. Kekanda- 412k - 09/03/2023
  13. Nazrul- 396k - 31/10/2017
  14. Syahmie - 325k - 16/03/2023
  15. Faridah - 304k - 09/03/2023
  16. Emny Emyra - 282k - 29/04/2023
  17. Madkhan - 249k - 28/04/2023
  18. Fatin Razali - 245k - 12/04/2023
  19. Pieya - 244k - 09/03/2023
  20. Nisa  - 243k- 11/04/2023
  21. Areesa - 236k - 09/03/2023
  22. Ayra - 234k - 09/03/2023
  23. Adam Nazri - 221k - 09/05/2023
  24. Hafiz Hakim - 215k - 16/03/2023
  25. Safwan - 214k - 28/04/2023
  26. Paih Geram - 210k - 16/03/2023
  27. Manis - 208k - 09/03/2023
  28. Aufar - 199k - 02/05/2023
  29. Lukman Musa - 183k - 15/06/2023
  30. Atiqah - 179k - 09/03/2023
***

Alam Alisya Channel - 285k - 13/12/2019
JR Family - 211k - 04/02/2023
Tiyaa Channel - 103k - 09/07/2023
Nisaa & Family - 103k - 11/06/2023
Malik Is Back - 9.66k - 08/26/2020
K and K - 6.18k - 09/06/2023

Update _ 03/31/2024

Wadah Terkini