Begitulah biasanya

A : Pinjam RM500. Esok aku bayar.

B : Baik kau tunggu esok je. Tak payah pinjam.

A : Tak boleh. Nak pakai sekarang.

B : Maaf, sekarang aku pun tak ada ni. Esok baru ada payment masuk.

Esoknya....

A : Pinjam RM500. Hujung minggu ni bayar. Duit payment kau dah masuk kan?

B : Eh, kata semalam hari ni kau dah ada duit. Aku ada nak pakai ni.

A : Aah, memang duit aku masuk hari nk, cuma aku setelkan benda lain dulu. Tak pa lah kalau gitu.

A : Pinjam RM500, aku nak pakai duit ni. Gaji hujung bulan ni aku bayar. 

B : Eh, bukan ke kau kata hujung minggu ni kau dah ada duit. Masa nak pinjam hari tu kan kau kata boleh bayar hujung minggu.

A : Memang lah. Tapi aku kena bla...bla...bla...

B : Tak. Sebenarnya dari awal lagi kau janji nak bayar esok tu kau tak boleh bayar kan? Kalau dari awal lagi aku bagi pinjam hari tu, confirm seminggu aku kena sidai. Entah-entah hari gaji kau nanti pun banyak alasan lagi keluar.

A : Krikkkk...krikkkk....

Sejam selepas tu A naikkan status wasap,, kat story, kisah kawan tak boleh tumpang lah, orang kaya kedekut lah, berkira lah.

Dan B tiba-tiba jadi watak jahat.

Begitulah biasanya. 😁

Kongsian Mohd Fadli Salleh

























Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.

0 Comments:

Catat Ulasan

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”