Kadang-kadang, orang di sekeliling kita sedang “lemas” dalam kesedihan, tekanan, atau masalah hidup. Mereka tidak perlukan nasihat panjang lebar atau kritikan tentang apa yang mereka patut buat.
Apa yang mereka perlukan? Tangan yang menghulur, bukan jari yang menuding.
Jika seseorang dalam kesusahan, bantu mereka bangkit dahulu, sebelum bercakap tentang bagaimana untuk mengelakkan diri daripada jatuh lagi.
Kerana empati itu lebih menyelamatkan daripada sekadar kata-kata.

0 Comments:
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”