Pentan

Pentan

Khas buat para penulis, jika anda sudah bosan menggunakan perkataan 'tentu', 'pasti' dan 'sah' dalam penulisan, anda boleh mencuba satu kelainan dengan menggunakan perkataan 'pentan'. Ini kerana pentan membawa maksud yang sama dengan ketiga-tiga perkataan tersebut.

Untuk melihat contoh penggunaan pentan dalam ayat, DBP memetik serangkap pantun daripada Hikayat Awang Sulung Merah Muda pada halaman 122.

Catur gading baru dilarik,

Mahligai perak kemuncak intan;

Sudahlah sama orak-arik,

Perikannya belum sah dan pentan.

Share:

Kalau kau masih di sini, terima kasih kerana bertahan.
Kalau kau penat, rehatlah di sini... aku juga pernah di situ.
Di Sini, Jiwa Yang Penat Boleh Berehat

#JMBELOG

0 Comments:

Catat Ulasan