Ya Allah, Uruskanlah Yang Terbaik Buat Kami


Ya Allah,
Engkau Maha Mengetahui apa yang tersembunyi dalam hati kami,
uruskanlah segala urusan kami dengan sebaik-baik pengurusan,
tenangkan yang resah, kuatkan yang lemah,
dan gantikan setiap penat dengan hikmah yang indah.

Jika ada jalan yang kami sangka baik tetapi bukan untuk kami,
palingkanlah dengan lembut.
Dan jika ada jalan yang kami takut tempuh tetapi itulah yang terbaik,
lapangkanlah dada untuk menerimanya.

Aamiin, ya Rahman ya Rahim 

Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.

0 Comments:

Catat Ulasan

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”