Seorang ibu muda terkejut apabila menemukan anaknya yang berusia 3 tahun terbaring kaku di sisi katil.
Sudah menjadi kebiasaan setiap pagi, ibu muda itu meninggalkan anaknya bermain sendirian di dalam bilik tidur, sementara dia sibuk menguruskan kerja rumah — mencuci pakaian, membasuh pinggan, dan membersihkan rumah.
Baginya, bilik tidur adalah tempat paling selamat untuk si kecil.
Namun pagi itu, suasana tidak seperti biasa.
Dia menemukan anaknya terbaring tidak bergerak di tepi katil, dengan kesan merah di mana-mana — dari mulut hingga ke kaki, malah bantal dan cadar turut ternoda.
Dengan perasaan panik, ibu muda itu berlari mendapatkan anaknya…
Namun apalah daya.
Semuanya sudah terlambat…!!!!
😱😱😱
Semua lipstiknya sudah tidak dapat diselamatkan,
sementara si kecil tidur lena selepas kepenatan bermain lipstik. 🫣💄
Dan kepada yang membaca hingga ke sini,
semoga terhibur dan tidak tegang lagi 😆🤭
Semoga yang membaca sampai selesai dilapangkan rezekinya dan dimudahkan segala urusannya. Aamiin. 🤲✨
0 Ulasan