Dia pikul tong air


Hujan turun, orang ramai mengeluh. Ada yang basah kuyup, ada yang merungut kerana lupa bawa payung. Tapi di tengah-tengah keadaan itu, ada seorang lelaki yang nampak peluang. 

Dia pikul tong air

Memang nampak kelakar, tapi inilah realiti dunia keusahawanan.

Orang biasa nampak masalah, tapi usahawan nampak penyelesaian. 

Orang biasa nampak kesusahan, tapi usahawan nampak peluang untuk bantu orang lain sambil jana pendapatan. 

Sebab itu, dalam hidup ini, kalau kita asyik mengeluh dengan apa yang tak kena, kita akan terus berada di tempat yang sama. Tapi kalau kita mula berfikir macam seorang usahawan, kita akan sedar bahawa setiap cabaran sebenarnya ada potensi tersembunyi.

Bayangkan kalau semua orang fikir seperti usahawan, lebih ramai yang tampil dengan idea kreatif, lebih banyak solusi dicipta dan akhirnya, lebih ramai orang mendapat manfaat. 

Mungkin hari ini kita rasa stuck, rasa dunia tak adil, rasa susah nak berjaya. Tapi cuba ubah mindset, tengok situasi dari sudut lain. Mungkin peluang yang kita cari-cari selama ini dah ada depan mata, cuma kita tak perasan sebab terlalu fokus pada masalah.

So, next time bila berdepan dengan kesukaran, tanya diri sendiri "adakah aku hanya nak merungut, atau aku nak cari jalan keluar?"

Sebab beza antara orang biasa dan usahawan hanyalah satu perkara iaitu 'cara mereka melihat dunia'.



Catat Ulasan

0 Ulasan