Bila Umur Tak Lagi Mengajar Kita Menjadi Dewasa
"Kematangan bukan milik angka — ia milik hati yang tahu memaafkan dan membimbing."
Apalah ertinya berumur tua…
Jika masih tega bermasam muka dengan yang muda, Yang sepatutnya sudah dianggap anak, Tapi dilayan seperti musuh yang perlu dijauhi.
Seorang lelaki… Yang rambutnya sudah mula memutih, Tapi marahnya masih hangat seperti api tak bertepi, Ego tinggi… walau dia tahu dia mampu memilih untuk tenang.
Dan lelaki muda itu… Mungkin silap, mungkin tersalah kata, Tapi dia sedang belajar, sedang mencari hala. Apakah tak cukup usia si tua untuk membimbing dan menunjukkan arah?
Kerana jika yang tua ikut bertempik, Maka siapa lagi mahu memadam api dan menyalakan damai?
Umur sepatutnya menambah sabar, Bukan menjadikan marah itu ‘hak’ kerana senioriti. Umur sepatutnya menanam budi, Bukan memupuk dendam pada yang muda dan belum cukup hari.
Yang muda mungkin belum matang, Tapi yang tua patutnya sudah tahu jalan.
Jangan kerana satu salah, Kita padam seribu peluang untuk saling memahami.
Ada masanya… Maaf dan tenang itu lebih jantan, lebih berharga, lebih mulia.
#MonologJiwa #JMBELOG #RefleksiHati #DewasaDenganBijak

0 Ulasan