Belajarlah Untuk Ikhlas dan Dewasa



Belajarlah Untuk Ikhlas dan Dewasa

"Ikhlas itu tak terlihat... tapi memberi cahaya pada setiap yang kita buat."

Ada waktu kita kena berhenti sejenak…
Tilik diri sendiri di hadapan cermin waktu.

Ikhlaslah…
Dalam tutur, dalam kerja, dalam diam.
Bukan kerana orang, tapi kerana Tuhan yang tahu segala.

Umur makin meningkat.
Hari demi hari, nafas pun makin berat.
Tapi kenapa masih bersikap kebudak-budakan?
Masih mahu menang sendiri,
Masih ego tak bertempat,
Masih ingin diangkat walau tak memberi.

Sedangkan…
Dah berbulu atas bawah,
Tapi perangai masih mentah.
Tak matang dalam kata,
Tak jujur dalam kerja.

Dewasa bukan sekadar angka,
Tapi bagaimana kau tangani marah dan kecewa.
Bagaimana kau hormat sesama.
Bagaimana kau jujur dengan diri sendiri.

Kerana akhirnya…
Yang akan orang ingat,
Bukan rupa, bukan gaya—
Tapi cara kau bawa diri
Dengan maruah dan jiwa.


#MonologJiwa #RefleksiDiri #JMBELOG


Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.

0 Comments:

Catat Ulasan

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”