Monolog Jiwa – Dulu Kita Ramai
Dulu kita ramai.
Satu meja tak cukup.
Lepak malam-malam,
gelak sampai lupa dunia.
Tiada resah. Tiada beban.
Tahun pun berganti...
Kerjaya mula menyita masa.
Jodoh menarik ke arah yang berbeza.
Ada yang tiba-tiba pergi,
tanpa sempat kita tanya kenapa.
Yang tinggal,
seorang dua itu pun kalau sempat berbalas mesej.
Whatsapp group makin sunyi.
Tiap hari scroll pun hanya tinggal kenangan.
Akhirnya,
hanya si bulus yang setia tunggu di rumah.
Tak pernah bertanya kita ke mana.
Tak merajuk bila kita diam.
Tak berkira bila kita penat.
Cuma ada — dengan matanya yang faham.
Hakikatnya…
Hubungan berubah,
bukan kerana salah sesiapa.
Tapi kerana hidup memang begitu.
🧡 Maka hargailah yang masih ada.
Walau tak seramai dulu,
walau tak serancak dulu —
mereka tetap ada,
dengan cara yang tersendiri.
1 Ulasan
salams hari isnin moga ceria selalu
BalasPadam