Hormat Bukan Takut

MONOLOG JIWA – Hormat Bukan Takut

> “Jangan takut sesama manusia. Cukup hormati seseorang kerana pangkatnya, bukan kerana kita kecil, tapi kerana kita besar dalam adab.”



Ada beza antara takut dan hormat.
Takut itu lahir dari rasa rendah diri yang tidak sepatutnya.
Hormat pula datang dari jiwa yang tahu meletakkan manusia di tempatnya – dengan adab dan santun.

Kita tak perlu gentar melihat seseorang kerana pangkat atau gelarannya.
Kerana hakikatnya, kita semua tetap manusia –
yang makan dengan tangan yang sama,
yang tidur atas bumi yang serupa,
dan akhirnya akan disemadikan di tanah yang sama.

Tapi kita wajar hormat,
kerana itu bukan soal siapa lebih tinggi,
tapi soal siapa lebih tahu menjaga hati.

Hormat bukan tunduk membuta,
bukan juga memuja pangkat dan nama.
Tapi cerminan jiwa yang tenang,
yang tidak mudah merasa lebih,
dan tidak juga merasa kurang.

Hormat itu pilihan orang yang kuat.
Yang tak perlukan pangkat untuk dihormati,
tapi memilih untuk terus menghormati —
kerana itu tanda jiwa yang merdeka.

Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.

1 ulasan:

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”