Aku Tak Layak

Monolog Jiwa – Aku Tak Layak

Aku sedar,
aku bukan siapa-siapa.
Bukan insan sempurna, jauh sekali menjadi teladan.

Aku seorang pendosa.
Hati ini pernah gelap,
fikiran pernah hanyut,
langkah pernah jauh dari cahaya.

Aku jahat…
Bukan jahat pada semua,
tapi cukup jahat pada diri sendiri.
Membiarkan luka lama tak sembuh,
membiarkan jiwa kering tanpa harapan.

Aku tak sebaik kalian.
Tak selurus jalan yang kalian pilih.
Sebab itu aku memilih untuk diam.
Bukan kerana sombong,
tapi kerana aku takut menyakitkan.

Diam adalah pelindungku.
Benteng terakhir agar aku tak melukakan siapa-siapa lagi.
Aku tahu aku tak layak...
Tak layak rapat dengan sesiapa,
apatah lagi menjadi seseorang yang kalian harapkan.

Jadi, biarlah aku jauh.
Biarlah aku memerhati dari kejauhan.
Mendoakan kalian dalam diam,
dan mencintai dengan cara yang tak terlihat.

Sebab aku bukan sesiapa,
hanya jiwa yang sedang belajar memaafkan diri sendiri.

Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.

0 Comments:

Catat Ulasan

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”