Monolog Jiwa – Astro Bergerak
#JMBELOG | Label: Monolog Jiwa, Emosi & Perasaan, Catatan Kehidupan
"Cepatnya astro bergerak…"
Bunyi biasa bagi sesetengah orang, tapi bagiku… ia perumpamaan paling tepat tentang bagaimana manusia berubah arah bila tak dapat apa yang diingini.
Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Macam hati— yang tak pernah tetap pada satu frekuensi.
Kadang kita dah duduk diam, dah pusingkan arah yang betul, tapi tetap juga tak jumpa siaran tenang.
Mungkin… bukan alatnya rosak. Bukan juga kerana cuaca. Tapi kerana kita sendiri yang tak pasti sebenarnya nak cari apa.
Dalam hidup ni, ramai yang macam astro— cepat berubah bila tak sehaluan, cepat bergerak bila tak sefaham, cepat jauh bila tak sefikrah.
Dan kita? Kita duduk di situ… tunggu “signal stabil”, harap tak ada gangguan, walau tahu hakikatnya, yang paling kerap berubah — adalah hati manusia sendiri.
Kalau esok kau lihat aku diam, bukan sebab aku marah, tapi aku belajar… bila ‘astro dah bergerak’, aku tak perlu laras pun lagi.
Aku tutup saja suis. Tenang… tanpa siaran.
0 Ulasan