CATATAN KEHIDUPAN – Dari Sekeping Kertas, Lahir Sebuah Kejayaan
“Kadang, yang luar biasa itu bukan terletak pada apa yang dipakai, tapi pada niat yang dipakai bersama keberanian.”
Seorang budak lelaki, tidak punya baju rasmi Universiti Tennessee. Tapi dia tidak menjadikan kekurangan itu alasan untuk menjauh. Dengan tangan kecil dan semangat besar, dia cipta bajunya sendiri – sekeping kertas, sehelai baju kosong, dan satu impian yang jujur.
Namun dunia ini, kadangkala lebih cepat menilai dari memperhatikan. Dia diejek. Ditertawakan kerana tidak ‘cukup sempurna’.
Namun siapa sangka — apa yang diketawakan manusia, diraikan oleh jiwa yang lebih besar.
Universiti Tennessee tidak memandang remeh. Sebaliknya mereka melihat keberanian, kreativiti, dan cinta terhadap sesuatu yang lahir dari hati yang tulus.
Mereka jadikan reka bentuk budak itu sebagai baju rasmi universiti. Terjual lebih 16,000 helai. Dan lebih dari itu, mereka berikan dia biasiswa penuh — kerana mereka percaya, potensi bukan pada pakaian, tapi pada jiwa yang tidak putus asa.
Raikan semangat, bukan rupa.
Hargai keberanian, bukan kesempurnaan.
Sokong usaha, walaupun nampak kecil…
kerana jiwa yang besar selalu bermula dari bawah.
Syabas Universiti Tennessee.
Dan terima kasih kerana mengingatkan dunia, bahawa kebaikan boleh mengubah segalanya.

0 Ulasan