Siri4:10 - Untuk Jiwa Yang Tidak Banyak Bersuara

Episod 4:10 – Aku Letih Menjelaskan Siapa Aku

Setiap kali aku cuba jelaskan siapa aku,
Aku rasa lebih jauh difahami.
Mereka dengar,
Tapi tidak benar-benar mendengar.

Penjelasan menjadi penat.
Aku disalah tafsir,
dan akhirnya, aku dipersalahkan.

Maka aku putuskan —
Biarlah aku diam,
Daripada menjelaskan apa yang tak mahu difahami.

Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.

0 Comments:

Catat Ulasan

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”