Sakit Yang Tak Terlihat


Monolog Jiwa – Sakit Yang Tak Terlihat

#JMBELOG | Label: Monolog Jiwa, Kesihatan, Catatan Peribadi




Orang hanya melihat sakitku…

Mereka nampak tubuhku yang letih, wajahku yang sedikit pucat, langkahku yang tidak selincah dulu.

Tapi mereka tak tahu sakit sebenarku, yang aku simpan kemas dalam dada, yang aku sembunyikan di balik senyuman paksa, yang hanya difahami oleh aku… dan doktor.

Aku terpaksa kuat. Bukan kerana aku mampu, tapi kerana aku perlu. Perlu untuk terus bertahan, walau nafas kadang sesak, jantung kadang perlahan, badan kadang lenguh tanpa sebab.

Aku letakkan harap pada Allah, dan selebihnya… aku pasrah pada takdir. Jika satu hari aku rebah, jika sesuatu terjadi tanpa sempat ku beritahu sesiapa… biarlah pihak hospital yang uruskan segalanya.

Kerana ini… adalah rahsia aku dan doktor. Dan sebahagian kecil dari perjuanganku yang tak semua orang perlu tahu…

Tapi jika kamu membaca ini satu hari nanti, ketahuilah… aku tak pernah berhenti melawan. Aku hanya mahu pergi dengan tenang…


Untuk hati yang terus bertahan dalam diam…

Catat Ulasan

0 Ulasan