Hujan Bagaikan Mengerti
Hujan turun perlahan, Seolah-olah memahami apa yang sedang aku tanggung. Seolah-olah ia mahu menangis bersamaku, Dalam diam yang tak sempat ku luahkan kepada sesiapa.
Biar langit menangis, Kerana aku sudah terlalu letih memendam. Biar bumi basah, Kerana hati ini sudah lama kering dalam sunyi dan sepi.
Hujan tidak bertanya kenapa. Ia hanya hadir, tanpa banyak kata. Sama seperti insan yang benar-benar peduli – Tak perlu bicara, cukup dengan berada di sisi.
“Ada luka yang hanya difahami oleh hujan. Ada rindu yang hanya diubati oleh waktu dan reda.”
✍️ #MonologJiwa
#HujanYangMengerti
#JMBELOG
0 Comments:
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”