Siri9:10 - Untuk Jiwa Yang Tidak Banyak Bersuara


Episod 9:10 – Aku Tidak Kuat, Tapi Aku Bertahan

Aku bukan kuat.
Setiap hari aku hampir rebah.
Tapi aku belajar bertahan.
Kerana hidup tak selalu memberi ruang untuk jatuh.

Air mata itu biasa.
Letih itu teman.
Tapi bertahan adalah pilihan yang aku genggam kuat-kuat.

Aku tidak selalu baik,
Tapi aku tak pernah berhenti mencuba.
Dan itu sudah cukup, bukan?


Moga setiap langkah disertai tenang, dan setiap ujian membawa pulang hikmah. Semua tulisan berasal dari blog penulis. Kredit dan sumber akan dinyatakan apabila digunakan sebagai tanda hormat kepada asalnya. - Copyright - 2016 © #JMBELOG

0 Comments:

Catat Ulasan