Monolog Jiwa – Bila Tubuh Tak Lagi Sekuat Dulu
"Aku bukan malas. Aku bukan manja. Aku cuma sedang melawan sesuatu yang tak nampak mata."
Aku tak mengadu... Bukan sebab tak sakit. Tapi sebab dah biasa.
Sakit badan aku bukan setakat lenguh. Kadang rasa seolah semua sendi mogok serentak. Nafas pun… susah nak lepas tanpa rasa sesak.
Degupan jantung tak seperti dulu. Dulu aku kuat… sekarang aku bertahan.
Orang tengok aku senyum. Tapi Tuhan tahu — aku sedang menanggung.
Aku bukan malas. Aku bukan manja. Aku cuma sedang melawan sesuatu yang tak nampak mata. Sesuatu yang menyerap tenaga… yang perlahan-lahan melemahkan semangat dan tubuhku.
Ya Allah… Jika ini ujianMu, tenangkan aku. Jika ini kifarah, redhakan aku. Dan jika ini tanda untuk aku rehat… maka rehatkanlah aku dalam kasihMu.
#MonologJiwa #JMBELOG

0 Comments:
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”