Tentang Luka Yang Aku Simpan Seorang Diri


Monolog Jiwa – Tentang Luka Yang Aku Simpan Seorang Diri

Ditulis dengan sunyi yang difahami oleh #JMBELOG

Ada sesuatu dalam hidup aku yang tiada siapa pun tahu. Bukan sebab aku tak nak cerita, Tapi sebab aku sendiri tak tahu nak mula dari mana. Dan aku takut… bila aku mula cerita, semuanya akan berubah.

Mereka lihat aku senyum, mereka fikir aku baik-baik saja. Tapi mereka tak tahu, aku pernah dibuli. Pernah dipulau. Pernah rasa tak layak untuk gembira hanya kerana aku miskin.

Anak ustazah, anak orang ternama— mereka yang selalu bercakap tentang agama, tapi mereka juga yang mencampak aku ke sudut diam. Cuma sebab aku tak punya apa-apa.

Dan aku pernah hampir tak ambil SPM, bukan sebab aku tak pandai… tapi sebab yuran lambat dibayar. Bayangkan rasa seorang anak yang tahu masa depannya bergantung pada duit yang tak tahu dari mana nak datang.

Itu semua… aku simpan. Dalam hati. Dalam diam. Tak pernah aku cerita pada sesiapa. Sampai ke hari ini… Keluarga aku pun tak tahu.

Tapi Tuhan tahu. Dan itu cukup. Aku masih di sini. Masih bertahan. Masih bernafas. Mungkin dunia tak pernah adil. Tapi aku berjanji satu— Aku takkan ulang kezaliman yang sama pada sesiapa.

Dan jika ada seseorang yang seperti aku membaca ini, aku nak kau tahu… kau tak keseorangan. Kita pernah luka. Tapi kita tetap ada nilai.


#MonologJiwa | Bila suara tak diluah, biar tulisan yang jadi saksi.

Catat Ulasan

0 Ulasan