Jalan Ini Milik Kita


Monolog Jiwa #–– Jalan Ini Milik Kita

25 Julai 2025 | Label: Monolog Jiwa, Catatan Kehidupan, Refleksi Hati

Dalam hidup ini… tiada siapa yang benar sepenuhnya, dan tiada siapa juga yang salah sepenuhnya. Kita semua cuma manusia, belajar dan jatuh, bangun dan mencuba… dengan cara sendiri.

Kadang kita terlalu sibuk menilai siapa yang betul, siapa yang silap. Tapi kebenaran dan kesilapan itu bukan hitam putih… ia datang dalam bentuk pengalaman, pilihan, dan waktu yang kita tempuh berbeza.

Dalam hidup… tiada siapa benar, tiada siapa salah.
Segalanya terpulang pada empunya diri.

Maka, jangan terlalu keras pada diri sendiri. Jangan juga terlalu cepat menghukum orang lain. Kita semua sedang melalui jalan yang belum tentu kita faham sepenuhnya.

Just follow the road…
Jalani dengan tenang, dengan hati yang ikhlas.

Kerana akhirnya, jalan ini bukan untuk siapa-siapa menilai… ia hanya antara kita dan Tuhan yang Maha Mengerti.

#JMBELOG | Monolog Jiwa | Jalan Pulang Itu Masih Terbuka

Catat Ulasan

0 Ulasan