Untuk Hati Yang Selalu Terhegeh


Untuk Hati Yang Selalu Terhegeh

Buanglah perlahan-lahan…
Sifat "terhegeh" untuk orang yang tak pernah nampak kau ada.

Kerana kebenarannya…
Manusia takkan pernah hargai kehadiranmu
selagi kau belum memutuskan untuk menjauh
dan letakkan mereka keluar dari keutamaan hidupmu.

Sia-sia je letak harap.
Sia-sia je letak tenaga.
Pada mereka yang tak peduli, tak pernah benar-benar menghulur balik.

Jangan terlalu setia pada tempat yang tak beri ruang untuk kau bernafas.
Ada insan yang Allah hantar untuk benar-benar ada.
Yang tak minta lebih,
tapi tak pernah hilang walau kau dalam diam yang panjang.

Hargai yang ada. Lupakan yang tak pernah mahu memahami.

#MonologJiwa | Untuk hati yang dah letih menunggu dihargai.

Catat Ulasan

0 Ulasan