Siri2:10 - Untuk Jiwa Yang Tidak Banyak Bersuara

Episod 2:10 – Bukan Tak Mahu Berkata, Tapi Takut Disalah Faham

Kadang aku mahu berkata,
Mahu meluah seluruh beban yang kupikul diam-diam.
Tapi belum sempat bicara bermula,
Rasa takut datang menyela.

Takut kata-kataku disalah erti.
Takut niatku diputar makna.
Takut aku jadi orang yang mereka tak sangka.

Lalu aku diam.
Bukan tak mahu bercerita,
Tapi lebih tenang menyembunyikan luka
daripada menambah derita kerana salah sangka.

Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.

0 Comments:

Catat Ulasan

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”