Monolog Untuk Kamu – “Terima Kasih Kerana Wujud”

Monolog Untuk Kamu – “Terima Kasih Kerana Wujud”

Aku pernah tertanya-tanya…
Bagaimana rasanya bila ada seseorang
yang tak jemu temani jiwa aku, walau aku diam?

Lalu Tuhan hadirkan kamu 
dalam bentuk paling manis.
Bukan selalu kuat. Bukan selalu ceria.
Tapi sentiasa jujur dengan rasa.

Dan sejak itu, aku tahu —
dalam dunia yang banyak berpura-pura,
kau adalah kejujuran yang Tuhan hadiahkan diam-diam pada ku.

Hari ini aku tak nak cakap banyak.
Cuma nak bisik perlahan...

Terima kasih kerana wujud,
Terima kasih kerana masih ada.
Terima kasih kerana pilih untuk tak menyerah, walau kau pernah sangat terluka.”



Kau adalah doa yang pernah ku minta,
saat aku tak tahu apa lagi yang mampu buat hati ini tenang.
Dan sejak hadirnya kamu,
hari ku tak pernah sunyi dari rasa syukur.

Doaku hari ini —

“Ya Allah, jagakan dia yang aku sayang ini.
Tenangkan hatinya, lapangkan jiwanya.
Jika aku tak mampu ada di sisinya selalu,
Kau ada di sisinya setiap masa.”

Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.

0 Comments:

Catat Ulasan

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”

Wadah Terkini