Monolog Jiwa – Buat Ayah

Monolog Jiwa – Buat Ayah

Monolog Jiwa – Buat Ayah

Ayah,

Maafkan adik…

Adik tak mampu menjadi seperti ayah.

Bayang-bayang ayah pun jauh sekali,

apatah lagi langkah teguhmu di dunia ini.

Ayah,

Adik hanya mampu menatap kenangan,

merindui nasihat dan senyummu yang sederhana.

Maafkan adik, ayah.

Al-Fatihah buatmu, ayah.

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
الْـحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَۙ
الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِۙ
مٰلِكِ يَوْمِ الدِّيْنِۗ
اِيَّاكَ نَعْبُدُ وَ اِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُۗ
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيْمَۙ
صِرَاطَ الَّذِيْنَ اَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْۙ غَيْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَيْهِمْ وَ لَا الضَّاۤلِّيْنَ
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang Menguasai hari pembalasan. Hanya kepada-Mu kami menyembah dan hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai, dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Semoga tenang di sisi Tuhan,

dengan doa-doa yang tidak pernah berhenti

dari anak-anakmu yang masih belajar menjadi tabah.

Kalau kau masih membaca sampai sini
mungkin tulisan ini sedang memeluk hati kau dalam diam.
Di Sini, Jiwa Yang Penat Boleh Berehat.
#JMBELOG

0 Comments:

Catat Ulasan

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”