Tuhan, Aku Sibuk – Hati Yang Tak Lagi Rindu Sejadah


Tuhan, Aku Sibuk – Hati Yang Tak Lagi Rindu Sejadah

Sepanjang hidup, perkara yang kita biasa ketepikan adalah “Sang Pencipta”. Akan tetapi perkara yang kita utamakan adalah “Manusia”.

Mungkin ramai yang rasa tak selesa bila ayat ini ditulis. Sedang pada hakikatnya, bila azan dilaungkan, masih ramai yang sedang sibuk dengan kerja, sibuk dengan perkara dunia yang tiada kesudahan.

Dengan alasan yang sama: “Tuhan, Aku Sibuk.”


Kadang, bibirku laju memberi alasan,
“Ya Allah, nanti dahulu… aku sibuk.”
Sedang dunia tak pernah benar-benar selesai,
kerja tak pernah benar-benar habis,
urusan tak pernah benar-benar reda.

Namun, hati ini semakin kosong,
jiwa semakin tandus,
sejadah semakin sepi dari rinduku.

Sungguh, aku malu Ya Allah,
kerana pada-Mu yang paling dekat,
aku sering paling jauh.
Pada-Mu yang menunggu,
aku sering abai.

Ampunkan aku, Tuhan,
kerana hati yang sibuk dengan dunia,
tapi lalai dari mencari-Mu.
Bimbing aku kembali,
agar rindu ini pulang ke sejadah,
agar sibukku bukan lagi alasan,
tetapi jadi jalan untuk lebih dekat dengan-Mu.

[AGR] TUHAN AKU SIBUK : HATI YANG TAK LAGI RINDU SEJADAH https://vt.tiktok.com/ZSHn2QVmnGC9A-IdQQh/


Insya-Allah… Saya cuba. Terima kasih atas teguran.

اللَّهُمَّ لَا تَجْعَلْنَا مِمَّنْ شَغَلَتْهُمُ الدُّنْيَا عَنْ ذِكْرِكَ، وَقَرِّبْ قُلُوبَنَا إِلَيْكَ دَائِمًا

Allahumma lā taj‘alnā mimman shaghalat-humud-dunyā ‘an dhikrika, wa qarrib qulūbanā ilaika dā’iman.

(Ya Allah, janganlah Engkau jadikan kami daripada mereka yang dilalaikan dunia dari mengingati-Mu, dan dekatkanlah hati kami kepada-Mu sentiasa.)

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Subahanallah..ya Allah ampuni kami, semoga kami tidak sibuk sesama manusia, nukilan sangat memberi rasa insaf..terima kasih ya JM

    BalasPadam