JANUARI 11 2025 : 01
Bunga melati harum mewangi,
Gugur kelopak di taman larangan,
Apa guna rupa berseri,
Jika adab sering dilupakan.
Pulanglah, wahai sahabat.
Pulanglah, wahai sahabat. Allah sangat merindui dirimu yang dahulu begitu dekat denganNya. Ingatkah saat² di mana setiap sujudmu penuh khusyuk, setiap doamu dihiasi air mata pengharapan, dan setiap langkahmu menuju redhaNya? Dunia mungkin telah mengalih pandanganmu, tetapi ketahuilah, Allah tidak pernah menjauh. Dia sentiasa menunggumu kembali, dengan pintu rahmatNya yang terbuka luas. Jangan biarkan masa berlalu tanpa mengisi jarak. Pulanglah, kerana ketenangan sebenar hanya ada bersama Allah.
JANUARI 10 2025 : 04
JANUARI 10 2025 : 02
JANUARI 10 2025 : 01
Lirik Lagu Cinta Asmara - Pak Long
Tak mungkin kau dapat miliki
Biar bertahun engkau teropong
Hanya nampak bintang kejora
Pastikan lebih menariknya
Pasti kau jelas apa yang tertulis
Kerna ada tak fahaminya
Apa yang terbuat
Melarat
Mendung malam berarak utara
Kejora hilang entah ke mana
Hilanglah arah
Nakhoda jadi pemimpinnya
Begitu luas, luasnya cinta, cinta asmara
Begitu luas, luasnya cinta, cinta asmara
Nyanyikan, nyanyilah bersama
Kalau kau dengar tentu kau suka
Biarpun dalam duka
Kenyataannya
Pastinya kau kan rasa, oh-oh-oh
Oh, indahnya cinta
Oh, indahnya cinta asmara
Mendung malam berarak utara
Kejora hilang entah ke mana
Hilanglah arah
Nakhoda jadi pemimpinnya
Begitu luas, luasnya cinta, cinta asmara
Begitu luas, luasnya cinta, cinta asmara
Nyanyikan, nyanyilah bersama
Kalau kau dengar tentu kau suka
Biarpun dalam duka
Kenyataannya
Pastinya kau kan rasa, oh-oh-oh
Oh, indahnya cinta
Oh, indahnya cinta asmara
Biskut Bunga Cina Guna 3 Bahan Je
Bos tetap bos
![]() |
21 PETUA CUKA
Lirik Lagu Hijab Rindu - Black Hanifah
Kenangan indah mata bertamu
Mempesona menawan rindu
Seakan dunia menyebut namamu syahdu
Dua menjadi satu
Pre-chorus:
Ku sangka sinar menjelma
Rupanya hijab mula terbuka
Pandangan bertukar warna
Membuatku gelap, gelap gelita
Chorus
Nada suara berdendang
Memadam cahaya tenang
Kau menjejaki ke mana saja tanpaku undang
Bisikanmu menghalang
Terpaanmu menggoncang
Menghantuiku mengalihkan arahku pulang
Rukun Solat
- Maksud Qalbi ialah rukun melibatkan hati; niat & tertib
- Maksud Qauli pula ialah rukun melibatkan perkataan atau bacaan. Bacaan harus didengar oleh telinga sendiri. Antara bacaan yang terlibat dengan rukun qauli ialah:
- Takbiratul Ihram (ucapan Allahu Akbar)
- Al Fatihah
- Tahiyat Akhir
- Selawat atas nabi
- Salam yang pertama
- Manakala rukun Fi’li ialah rukun yang melibatkan pergerakan atau perbuatan. Rukun tersebut adalah:
- Berdiri (qiam).
- Rukuk.
- Iktidal.
- Sujud.
- Duduk antara dua sujud.
- Duduk tahiyat akhir.
13 Rukun Solat
1. Niat
Niat ialah lintasan atau ingatan di dalam hati. Niat bagi setiap solat adalah berbeza-beza mengikut jenis solat.
2. Berdiri tegak
Maksud berdiri tegak adalah berdiri tegak lurus iaitu tulang belakang tegak dengan dada menghadap kiblat dan disunatkan menundukkan sedikit kepala untuk memandang ke tempat sujud.
3. Takbiratul Ihram
Takbiratul ihram adalah perbuatan melafazkan “Allahuakbar” untuk memulakan solat dengan suara yang dapat didengar sekurang-kurangnya oleh diri sendiri.
4. Membaca al-Fatihah
Surah al-Fatihah wajib dibaca ketika berdiri pada setiap rakaat solat dengan tajwid yang betul.
5. Rukuk
Rukuk adalah perbuatan membongkokkan tubuh badan 90 degree (kepala ke hadapan sehingga sama rata dengan punggung). Kedua-dua telapak tangan dilekapkan pada kedua-dua kepala lutut.
6. Iktidal
Iktidal adalah perbuatan berdiri tegak selepas rukuk.
7. Sujud
Sujud dilakukan dua kali untuk setiap rakaat. 7 anggota sujud wajib diletakkan di kawasan sujud. Anggota sujud adalah:
- Dahi -1
- Kedua-dua tapak tangan -2
- Kedua-dua lutut -2
- Kedua-dua kaki -2
8. Duduk antara dua sujud
Duduk antara dua sujud ialah duduk sebentar secara iftirasy selepas sujud pertama sebelum melakukan sujud yang kedua dalam setiap rakaat.
9. Duduk tahiyat akhir
Duduk tahiyat akhir adalah duduk secara tawarruk dan kedua-dua tangan diletakkan di atas paha ketika membaca tahiyat akhir sebelum memberi salam.
10. Membaca tahiyat akhir
11. Membaca selawat ke atas Rasulullah
12. Memberi salam
13. Tertib
Setiap rukun solat wajib dilaksanakan dengan tertib iaitu mengikut turutan.
Goreng bihun putih@lada putih.
Surah al-qiyamah ayat 1 - 10
1. Aku bersumpah dengan Hari Kiamat;
2. Dan Aku bersumpah dengan "Nafsul Lawwaamah" (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!
3. Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?
4. Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).
5. (Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat).
6. Dia bertanya (secara mengejek): "Bilakah datangnya hari kiamat itu?"
7. Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut),
8. Dan bulan hilang cahayanya,
9. Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama,
10. (Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): "Ke manakah hendak melarikan diri?"









