Insecure Terbesar Adalah Bila Kita Belum Mampu Menjaga Lisan

Insecure Terbesar Adalah Bila Kita Belum Mampu Menjaga Lisan

Insecure terbesar bukanlah ketika melihat seseorang lebih berjaya daripada kita, tetapi ketika melihat seseorang mampu menjaga lisannya daripada berkata perkara yang tidak baik.

Sedangkan kita masih sibuk menabur kata tanpa sedar bahawa setiap kalimat yang keluar mungkin meninggalkan kesan, melukakan hati orang lain, bahkan boleh menjauhkan diri kita daripada rahmat-Nya.

Lisan adalah cerminan hati. Apa yang kita ucapkan menggambarkan bagaimana kita mengawal diri, menghormati orang lain dan menjaga hubungan dengan Tuhan.

Kadang-kadang ujian terbesar bukan pada apa yang kita tidak miliki, tetapi pada kemampuan kita mengawal apa yang kita katakan.

"Jagalah lisan, kerana satu kata yang tidak dijaga mungkin menjadi beban yang kita bawa hingga bertemu dengan-Nya."

Renungan

Sebelum berbicara, belajarlah untuk bertanya kepada diri sendiri: Adakah kata-kata ini membawa kebaikan, atau hanya menambah luka?

Kerana manusia yang kuat bukanlah mereka yang mampu membalas segala kata, tetapi mereka yang mampu memilih diam ketika diam itu lebih dekat dengan kebaikan.

Semoga Allah membimbing kita untuk menjaga lisan, melembutkan hati, dan menjadikan setiap kata yang keluar membawa manfaat serta keberkatan.

0 Comments:

Catat Ulasan