Tidak Seindah Filem, Ini Kisah Dina Sanichar, Mowgli Versi Sebenar Yang Dibesarkan Serigala

Buat kaki movie, pasti anda pernah menonton atau sekurang-kurangnya tahu mengenai kewujudan animasi The Jungle Book dan filem Mowgli : Legend of the Jungle, dua filem yang diadaptasi dari karya penulis terkenal Britain, Rudyard Kipling iaitu The Jungle Book bukan?

Jika tak tahu pasti anda boleh tanyakan pada mana-mana ahli pengakap, mereka pasti mampu menjelaskan secara terperinci kisah tersebut.

Filem ini berkisarkan kisah seorang anak kecil bernama Mowgli yang tercicir oleh ibu bapanya di sebuah kawasan hutan rimba India sewaktu percubaan melarikan diri selepas diserang harimau.

-Advertisement-

Anak itu kemudiannya ditemui, diberi makan dan dibesarkan oleh sekawan serigala bersama seekor beruang dan seekor harimau kumbang sebelum akhirnya menjadi sebahagian dari keluarga serigala tersebut.

Foto

Namun tahukah anda watak Mowgli di dalam filem tersebut benar-benar wujud di India pada suatu masa dahulu? Malah ia menjadi inspirasi Kipling dalam menghasilkan bukunya.

Sebelum kita pergi jauh, buat anda yang tidak tahu, Kipling sebenarnya dilahirkan dan dibesarkan di India sebelum dihantar ke England untuk menyambung pelajarannya.

10 tahun di sana, dia kemudian berkeputusan untuk kembali ke India. Jadi anda sudah faham bukan dari mana lelaki berdarah Inggeris ini tahu mengenai kisah Mowgli itu.

Berbalik ke kisah Mowgli versi sebenar..

Kisah ‘manusia serigala’ ini mula menjadi sebutan selepas sekumpulan pemburu di Bullandshahr, Uttar Pradesh, India bertemu dengan seorang budak lelaki dalam lingkungan 6 tahun sedang berjalan bersama sekawan serigala pada tahun 1867.

Pelik dengan kejadian tersebut mereka kemudiannya mengekori rapat anak kecil tadi bersama kawanan serigala terbabit pulang ke rumah mereka.

Di situ pemburu-pemburu ini kemudian nekad membunuh kesemua serigala tersebut lalu menculik anak berkenaan tanpa diapa-apakan.

Pada tanggapan mereka, mereka baru sahaja menyelamatkan seorang budak kecil, namun buat anak tersebut ia adalah sebaliknya. Dia baru sahaja menyaksikan seluruh keluarganya dibunuh dengan kejam oleh manusia.

Dihantar ke rumah anak yatim dan dinamakan Dina Sanichar

Dia kemudian dibawa keluar dan dihantar ke sebuah rumah anak yatim sebelum dibaptis dan diberi nama Sanichar; yang bermaksud Sabtu dalam bahasa Urdu.

Difahamkan nama tersebut dipilih memandangkan Dina ditemui pada hari Sabtu.

Tidak seindah filem

Bermula saat itu kisah Dina tidak seindah filem, dia bukan sahaja bergelut untuk hidup di dunia yang lebih moden, malah dia juga dikategorikan sebagai bebal kerana tahap IQ yang terlalu rendah.

Bukan sahaja tidak pandai menulis dan membaca, dia juga gagal bertutur seperti manusia biasa, sebaliknya hanya mengeluarkan bunyi seperti seekor haiwan.

Malah postur jalan Dina juga lain dari manusia biasa. Dia dilihat sedikit bongkok sewaktu berjalan memandangkan sudah bertahun membiasakan diri merangkak bersama keluarga serigalanya.

Lebih memburukkan keadaan, dia juga gemar berbogel dan tidak begitu gemar disarungkan pakaian.

Jelas Dina bukan hanya terasing, malah dia sentiasa berasa terancam selepas melihat sendiri ‘ahli keluarganya’ dibunuh dan dia secara paksa di bawa pergi dari tempat yang pernah digelarnya sebagai rumah.

Akhirnya pada tahun 1895 di usia 29 tahun, Dina Sanichar dilaporkan meninggal dunia selepas menghidap batuk kering.

Tiada momen indah bertemu wanita idaman seperti dalam The Jungle Book, juga tiada penutup yang indah bergembira bersama keluarga serigala seperti filem Mowgli sebaliknya mati berseorangan di dunia yang begitu asing.

Lirik Lagu Rayuan Nurani - SaffOne

Di antara kudrat TuhanDia mencipta manusiaSebagai khalifah mentakbir bumi iniJuga sebagai hamba nan berbakti dan berbudiIngatlah Tuhan yang Maha Kuasa
Ombak yang menderuDedaun berterbanganTerkadang mengkhayalkan dirikuTerlupa aku pada pencipta yang EsaYang sentiasa melihat diriku
Di mana di mana ku beradaDi mana oh di manakah diriku
Adakah di jalan lurus atau dijalan yang berlikuOh Tuhan tunjukkan ku jalan kebenaranKu tahu jalan bahagiaPenuh onak jua cabaranOh Tuhan beri kekuatan pada ku
Di mana di manakah dirikuDi mana di mana ku berada
Demi mendapat keredhaan dari MuSanggup ku tempuhi ranjau yang penuh berlikuDengan rahmat Mu ya TuhanSelamatkanlah dirikuDari seksaan api neraka Mu
Adakah di jalan lurus atau dijalan yang berlikuOh Tuhan tunjukkan ku jalan kebenaranKu tahu jalan bahagiaPenuh onak jua cabaranOh Tuhan beri kekuatan pada ku
Di mana di mana ku beradaDi mana oh di manakah diriku
Di mana oh di manakah dirikuDi mana oh di manakah diriku
Di antara kudrat TuhanDia mencipta manusiaSebagai khalifah mentakbir bumi iniJuga sebagai hamba nan berbakti dan berbudiIngatlah Tuhan yang Maha Kuasa

PYANHABIB -- KISAH SEPOTONG TELUR DADAR DAN GULAI NANGKA BULAN RAMADAN

PYANHABIB -- KISAH SEPOTONG TELUR DADAR DAN GULAI NANGKA BULAN RAMADAN

Saya cuba mengingati sebanyak mungkin momen mengenai lelaki hebat ini; Pyanhabib Rahman.

Pertama kali saya jumpa dan bertegur-sapa dengan Pyanhabib -- di rumah Anak Alam, Padang Merbok, KL sekitar 1987.

Saya tahu lokasi ini kerana dibawa Ladin Nuawi menyertai Perhimpunan Penyair Muda (PPM) 1987.

Ladin Nuawi jumpa saya merayau belakang Bangunan Sultan Abdul Samad. Saya baru bangun tidur di celah bangunan Dayabumi.

Ladin Nuawi selalu nampak saya duduk melengung melihat Baca Puisi Tiang Lampu di tepi Pasar Budaya.

"Kau nak ke mana?" Tanya Ladin Nuawi.

Mata saya masih bakup dan fikiran masih mayau kerana tidur tak nyenyak di tepi bangunan serta keletihan kerana beban cuaca malam yang sejuk.

"Jom.. ikut aku ke PPM," kata Ladin Nuawi.

"Saya tak ada duit, bang?"

Peserta PPM dikenakan yuran RM20. Bagi kutu-rayau tahun 1987 -- jumlah ini setara macam RM500 sekarang.

PERTAMA KALI JUMPA PYANHABIB
Saya sertai PPM sebagai kru; kemaskan tempat tidur peserta dan bantu apa saja yang boleh. Program diadakan di KBN lama. (Sekarang Aswara).

Jadi, malam hari -- saya merayau sampai Rumah Anak Alam yang bersebelahan dengan KBN.

Di situ saya nampak kelibat Pyanhabib; rambut panjang dan berdenim lusuh serta kemeja flannel saiz besar.

Ada lebih 300 peserta dengan majoriti anak muda turun berkampung di PPM. Mood memang 'ala woodstock'. Cuma, sebab tak kenal orang -- saya jadi kera sumbang.

Tetapi, peluang ini penting kerana minat saya pada sastera.

1994
Puas jadi kutu hippie -- tahun 1992 saya masuk USM.

1994 saya sertai Kumpulan Utusan sebagai wartawan kadetsyip. Pyanhabib sudah lama di situ -- jadi bermulalah hubungan kami yang lebih akrab.

Ketika era Puisi Jalanan Bawah Tiang Lampu sekitar 1986 sampai 1991 -- saya kerap melepak berkumpulan dengan penyair senior/rebel.

Satu hari -- pada bulan Ramadan 1988 -- saya kelaparan dan tak punya wang untuk berbuka. 

Pyanhabib ajak saya ke Benteng Lama, Jalan Masjid India.

Dia belanja berbuka -- makan nasi campur murah; berlauk sepotong telur dadar dan kuah lemak gulai nangka.

Itu kali pertama, saya berbual panjang dengan Pyanhabib.

BERPISAH DI UTUSAN MELAYU
Saya keluar Utusan Melayu pada 1996 menyertai 'batch' pertama Astro.

Sejak itu -- jarang jumpa Pyanhabib.

Kami akrab semula tahun 2020. Saya mula strim dan teringat nak menjual buku puisi Pyanhabib. Sekaligus, menjemputnya baca sajak dalam strim.

Saya yakin; pesona baca sajak Pyanhabib dari era jalanan ke media sosial -- satu potensi unik.

Sejak itu kami kembali akrab; saya kekal memanggilnya 'abang'. Jarak usia kami pun -- saya 9 tahun lebih muda.

Keraplah Pyanhabib datang ke studio; kerana seperti saya -- dia juga sudah mengecilkan lingkaran berkawan. Usia tua jadikan kita lebih selektif.

GUA MAHU KE MEKAH
Satu kali -- di studio saya sekitar 2023 -- Pyanhabib bercerita mengenai impiannya.

"Sudah tua," katanya: "Sudah tidak mahu apa-apa. Gua mau pergi Mekah saja."

Itu ucapan yang melekat di hati saya; terasa sangat tersentuh.

Dia macam 'abang' dan kawan baik. Saya selalu teringat -- masa susah, Pyanhabib belanja buka puasa makan telur dadar -- berkuah gulai lemak nangka.

Saya tawarkan pakej ke Mekah. Pyanhabib tak mahu. Saya pujuk melalui isterinya. Dua minggu kemudian, selepas banyak kali pujuk -- baru Pyanhabib setuju.

SAYA TAK PERNAH BANTAH CAKAP PYANHABIB
Dari zaman kutu-rayau, ada 5 orang yang saya takkan bantah cakap mereka.

Nasir Jani, Sani Sudin, Khalid Salleh, Ladin Nuawi dan Pyanhabib.

Kalau mereka bual guna "lu gua", saya tetap berbahasa memanggil mereka abang.

Atas apa pun isu -- saya memilih sikap hormat dan mendengar. Kalau berbeza pandangan; saya pilih mendiamkan diri. Sebab proses intelek takkan mengatasi sikap hormat.

Saya pilih diam dan mendengar; sebab ini senarai orang yang mendidik saya waktu remaja -- ketika usia masih bengap.

Maka, saya kekal bengap; sebab bersikap bengap itulah -- memori terindah selama mengenali mereka akan terus hidup.

Masa jadi kutu -- sikap bengap jadikan  saya banyak belajar dari mereka. Soal sastera, filem dan teater. Sekolahnya hanya di jalanan KL.

RINDU JALAN TAR & COLISEUM
Pagi ini -- saya jadi rindu pada Pyanhabib. Puncanya kerana saya teringat nak bersarapan di Jalan TAR.

Jalan TAR dan tapak bekas Pawagam Coliseum -- kalau muncul dalam ingatan; pasti menyeret wajah kenangan Pyanhabib.

Sebabnya -- tiap kali Pasar Malam Jalan TAR (lewat tahun 80an -- lokasinya di jalan utama) -- Pyanhabib akan baca sajak dan jual buku di seberang Pawagam Colesium.

Itu menjadikan saya selalu rindukan suasana Jalan TAR pada malam hari. Laluannya memutarkan memori. 

PADA USIA TUA
Masa tua dan sebelum Pyanhabib pergi (4 Jun 2024), kalau berjumpa -- kami hanya berbual soal keluarga. Pyanhabib akan bercerita kisah cucunya.

"Sabarlah...," katanya: "Nanti lu akan dapat cucu juga."

Saya tersengih: "Abang rehatlah cukup-cukup... kalau sunyi datang sini."

Saya selalu pelawa Pyanhabib datang ngeteh di studio. Dia antara 'circle' akhir kawan-kawan lama yang masih kekal akrab.

KASUT FUNG KEONG
Tiap kali kalau hujan turun dan kebetulan saya mengelamun di jendela -- atau kalau nampak sepatu FK ZRA Strim... saya pasti teringatkan Pyanhabib.

Suasana hujan turun terasa paling romansa -- sebab sajaknya yang paling saya suka ialah 'Hujan'.

Sepatu pula -- kerana dia yang pertama gayakan; setelah Izzat Amir Rabak-Lit tunjukkan edisi ZRA Strim di rumahnya.

Berehatlah sahabatku. Sudah kau lalui hidupmu yang marhaen; indah dan berliku. Moga Allah merahmatiMu dengan segala kebaikan.

Al Fatihah....







Januari 23 2025

"Bila ada yang memerlukan pertolongan, hulurkanlah bantuan, walaupun diri kita sendiri sedang diuji. Ingatlah, ada yang menanggung ujian lebih berat daripada kita. Tidak salah untuk berbuat baik, malah Allah amat menyukai hambaNya yang suka membantu sesama manusia. Mungkin kita pernah terfikir, “Aku susah dulu, tak ada siapa pun yang peduli". Tapi, ingatlah, walaupun manusia di sekeliling tidak membantu, Allah sentiasa ada bersama kita. Dia yang akan menguatkan hati, mencukupkan segalanya, dan memberikan jalan keluar. Apabila kita berserah dan bergantung sepenuhnya kepada Allah SWT, apa pun ujian yang datang akan terasa lebih ringan. Serahkanlah segala urusan kepadaNya, In Shaa Allah, hati kita akan menemukan ketenangan yang sebenar, kerana setiap ujian ada hikmahnya yang akan membuat kita lebih kuat".

Nak berhenti kerja?

Nak berhenti kerja? Jangan berhenti macam tu je. Kita masuk dengan cara baik, kalau boleh kita keluar pun dengan cara baik ☺️ Mana tahu rezeki kita berbalik dekat situ.

Ni ada 4 contoh surat perletakan jawatan yang korang boleh refer.
Notis 24 jam
Notis 2 minggu
Notis sebulan
Contoh dalam Bahasa Malaysia

Kredit : Semakan Online






Muhasabah diri

Muhasabah Diri.

Biar tak kaya di dunia,
jangan juga miskin di sana.

Kalau dulu kau selalu terlupa,
sekarang masa untuk kembali semula.

Kredit: Arien Jai





Wadah Terkini