Lirik Lagu Dalam Sujudku – Amirah Othman

Setiap langkah seakan resah
Setiap nafas seakan beku
Membelenggu seluruh duniaku
Yang kelam

Katamu akulah cahaya
Namun jiwa ku gelap gelita
Bagai kidung pilu merantai ku
Selamanya…

Jika aku terbunuh oleh cinta
Biar mati dihatimu saja
Asalkan engkau bahagia

Oh Tuhan ku memohon dalam sujudku
Jika ini memang suratan ku
Maka kuatkanlah jiwaku

Selamat Hari Raya Aidiladha 2025

Selamat Hari Raya Aidiladha
Tahun ini mungkin tiada baju baru, tiada lemang panas, tiada pelukan keluarga...
Tapi aku tetap bersyukur.
Sebab pengorbanan bukan pada zahir semata, tapi pada hati yang ikhlas.

Buat yang sedang bekerja, yang jauh dari orang tersayang, atau yang hanya mampu menyambut raya dalam diam—aku doakan kalian kuat dan tenang.
Aidiladha mengajar kita tentang erti redha, sabar, dan cinta yang tidak bersyarat.

Semoga setiap usaha dan pengorbanan kita dinilai sebagai ibadah oleh-Nya.
πŸŒ™πŸ‘✨
Maaf zahir dan batin.

#Aidiladha2025 #PengorbananItuCinta #DariHatiUntukHati #jmbelog

Ai Team Subscribers: Jun 06 2025

[ channel - subscriber - date joined (M/D/Y) ]

ALIEFF IRFAN - 5.95m - 06/08/2016
BELLESTRELLE - 1.42m - 09/12/2017

***
AI TEAM  - 716k - 19/04/2014
AI TEAM DIVISION 2 - 547k - 24/01/2023
AI MUKBANG - 259k - 17/01/2023
AI GARAGE - 323k - 28/05/2023

***
  1. El Riss - 1.05m - 01/01/2020 
  2. Aniq - 942k - 17/12/2021
  3. Boyraa - 887k - 16/12/2021
  4. Shahrul Niezam - 728k - 18/12/2021
  5. Fiera - 702k - 25/08/2022
  6. Nazrul- 690k - 31/10/2017
  7. Kekanda- 630k - 09/03/2023
  8. Aiman Noah - 628k - 22/12/2021
  9. Sulong - 601k - 30/12/2021
  10. Syahmie - 528k - 16/03/2023
  11. Afiq Jefri - 496k - 28/03/2020
  12. Isya - 447k - 24/01/2023
  13. Emny Emyra - 407k - 29/04/2023
  14. Areesa - 333k - 09/03/2023
  15. Ayra - 332k - 09/03/2023
  16. Pieya - 330k - 09/03/2023
  17. Nisa  - 329k- 11/04/2023
  18. Madkhan - 325k - 28/04/2023
  19. Hafiz Hakim - 324k - 16/03/2023
  20. Lukman Musa - 323k - 15/06/2023
  21. Fatin Razali - 321k - 12/04/2023
  22. Rina - 297k - 05/08/2020
  23. Adam Nazri - 293k - 09/05/2023
  24. Safwan - 283k - 28/04/2023
  25. Paih Geram - 281k - 16/03/2023
  26. Aufar - 272k - 02/05/2023
  27. Faridah - 267k - 04/16/2024
  28. Atiqah - 242k - 09/03/2023
  29. Una - 234k - 09/09/2020
  30. Fae - 234k - 07/02/2024
  31. Ehin - 230k - 09/22/2021
  32. Manis - 221k - 09/03/2023
  33. HarryAzrul - 146k - 03/04/2025
  34. Syeriena - 113k - 03/03/2025
  35. AimanJunaidi - 111k - 10/13/2020
  36. Asslah - 103k - 03/03/2025
  37. Aisyah - 101k - 03/03/2025
  38. Irfan - 97.9k - 03/04/2025
  39. Sofie - 96.6k - 03/03/2025
  40. Mira - 35.1k - 05/28/2025
***

Alam Alisya Channel - 300k - 13/12/2019
JR Family - 261k - 04/02/2023
Nisaa & Family - 104k - 11/06/2023
Tiyaa Channel - 103k - 09/07/2023
Malik Is Back - 10.6k - 08/26/2020
K and K - 8.57k - 09/06/2023

Update _ 06/06/2025

Bukan untuk membuktikan...

Bukan Untuk Membuktikan Diri | Kisah Cheetah & Anjing Yang Menyentuh Hati

πŸ† BUKAN UNTUK MEMBUKTIKAN DIRI

Kisah Cheetah & Anjing Yang Mengajar Nilai Diri


Bukan untuk membuktikan...

Anjing dimasukkan ke dalam pertandingan untuk bersaing dengan cheetah. Tujuannya adalah untuk mengetahui siapa yang lebih laju.

Semua orang terkejut apabila melihat cheetah langsung tidak bergerak dari tempatnya.

Mereka bertanya kepada penyelaras pertandingan tentang apa yang berlaku.

Jawapannya selepas melihat situasi itu:

Kadang-kadang cuba membuktikan bahawa kita adalah yang terbaik adalah satu penghinaan kepada diri sendiri.
Kita tak perlu merendahkan diri ke tahap orang lain hanya untuk membuat mereka faham bahawa kita lebih hebat.
Berfikirlah dengan bijak dan simpan tenaga anda untuk sesuatu yang benar-benar layak untuk anda.

πŸ† Pengajaran Dari Cheetah

Cheetah menggunakan kelajuannya untuk memburu… bukan untuk berlumba dengan sesiapa.

Ia tidak perlu membuktikan siapa paling kuat, siapa paling hebat.

Kerana nilai sebenar tidak ditentukan oleh pertandingan yang sia-sia.


πŸ’­ Refleksi Kehidupan

Dalam hidup ini, kita akan jumpa orang yang cuba menguji, membandingkan, dan menjatuhkan.

Tapi tidak semua perlu kita balas.

Orang yang benar-benar hebat tidak sibuk membuktikan diri — mereka sibuk membina diri.

Dan kadang-kadang… diam itu lebih kuat daripada kemenangan.


🧠 Pesanan Untuk Jiwa

  • Jangan habiskan tenaga untuk membuktikan nilai diri kepada orang yang tidak mahu faham
  • Fokus pada perjalanan, bukan perbandingan
  • Diam bukan kalah, diam adalah kawalan diri
  • Nilai sebenar tidak perlu diumumkan — ia akan dilihat sendiri

“Jangan sia-siakan masa untuk membuktikan siapa diri anda. Jadilah seperti cheetah — tahu bila perlu bergerak, dan bila perlu diam.”

πŸ“Œ Kredit Asal

Sumber inspirasi daripada media sosial / perkongsian awam.
Link asal: Klik di sini untuk sumber asal


πŸ“ Disclaimer JMBELOG

Artikel ini telah diolah semula dalam gaya penulisan #JMBELOG untuk tujuan perkongsian ilmu, refleksi diri dan inspirasi pembaca. Ia bukan bertujuan menyalin sepenuhnya, tetapi memberi nilai tambah dari sudut penulisan dan penghayatan.

Waktu Doa Mustajab Hari Arafah

PERHATIAN! Waktu Doa Mustajab Hari Arafah BERMULA Masuk Waktu Zuhur hingga Waktu Maghrib pada Hari Arafah.

WAKTU ARAB SAUDI
9 Zulhijjah - KHAMIS - 5 Jun 2025
Zuhur πŸ‡ΈπŸ‡¦ 12:22pm
Maghrib πŸ‡ΈπŸ‡¦ 7:04pm

WAKTU MALAYSIA
9 Zulhijjah - JUMAAT - 6 Jun 2025
Waktu πŸ‡²πŸ‡Ύ 5:22pm
Waktu πŸ‡²πŸ‡Ύ 12:04am
.

Bagi yg berada di πŸ‡²πŸ‡Ύ, Puasa pada Hari KHAMIS di kira puasa hari Tarwiyah manakala *Puasa pada hari JUMAAT 6/6/2025 (9 Zulhijjah 1446H) dikira Puasa Arafah.*
.

DOA YANG TERBAIK PADA HARI ARAFAH OLEH JAKIM

✔1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus

✔2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

✔3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

✔4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

✔5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islamku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

✔6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

✔7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

✔8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

✔9. Ya Allah, apabila aku telah meninggal, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi

✔10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

✔11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

✔12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam 
✔13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

✔14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu

✔15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

✔16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

✔17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

✔18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

✔19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

✔20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

✔21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

✔22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

✔23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

✔24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

✔25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

✔26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

✔27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..

✔28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

✔29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

✔30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur,putus asa, salah laku dan syirik.

✔31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

Semoga kita semua menjadi penghuni SYURGA FIRDAUS. Hapuskan dosa kami, Ya Allah.

Tutup dgn selawat.

Moga Allah angkat doa kita semua.
Aamiin Ya Rabbul Alamin.

Penyondol?

×

Merindui...

Benar sentiasa merindui 
Sosok seorang πŸ₯Ί
Benar tak kuat
Sentiasa muncul diingatan
Insan yang banyak memberi kekuatan 
Banyak memberi nasihat tanpa jemu
Banyak membantu dalam segala Hal
Tuhan lebih menyayangi mu
Al-fatihah dibaca...

Jun 04 2025

Kehilangan hati

SUKA AYAT INI

Apabila anda menyakiti seseorang yang benar-benar baik, anda mungkin tidak akan segera melihat reaksinya.

Mereka tidak akan bersuara, menuduh, atau membuat kekecohan.

Sebaliknya, mereka akan menanggung kesakitan itu dengan diam, tetap menunjukkan kehangatan dan kasih sayang yang selama ini mereka berikan.

Namun, jauh di dalam hati mereka, ada sesuatu yang berubah.

Mereka mula menjauh, bukan kerana marah, tetapi kerana menerima semuanya dengan diam-diam.

Secara perlahan, mereka akan mencipta ruang, pergi tanpa perpisahan yang dramatis dan tidak akan menoleh ke belakang.

Inilah orang-orang yang sangat menghargai anda, yang mempercayai anda sepenuh hati.

Apabila kepercayaan itu dikhianati, kepercayaan itu tidak akan hancur, tetapi ia akan pudar, sehingga mereka tidak punya pilihan selain melindungi kedamaian mereka. πŸ•Š️

Mereka tidak akan berhenti berbuat baik atau kehilangan kelembutan hati mereka, tetapi mereka tidak akan melihat anda dengan cara yang sama lagi.

Ingat, kehilangan hati yang baik bermakna kehilangan sesuatu yang tidak dapat digantikan.

Hargailah mereka selagi mereka masih ada, kerana apabila mereka pergi, mereka benar-benar hilang.

Geng Masak-Masak

Wadah Terkini